Selangor didakwa sengaja halang Langat 2
SINOPSIS - ISU PASIR PUN TAK SELESAI SELESAI..............
KUALA LUMPUR 24 Julai 2012
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak agar berhenti main tarik tali dengan Kerajaan Pusat berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri tahu projek Langat 2 amat diperlukan rakyat tetapi mereka bertindak menghalang pembinaannya hanya kerana ia merupakan projek di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Mereka tahu krisis air yang sedang dihadapi penduduk negeri ini, namun mereka tetap berdegil dengan mengatakan Langat 2 tidak diperlukan.
"Tetapi jika Kerajaan Pusat menyerahkan projek pembangunan Langat 2 kepada pihak tersebut, pastinya mereka akan melaksanakannya demi memenangi hati rakyat Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu mengetuai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumpa dengan wakil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bagi mendapatkan maklumat sebenar berhubung krisis air negeri itu.
Menurutnya, kerajaan negeri juga bertindak mengelirukan rakyat dengan menegaskan negeri itu mempunyai bekalan air mencukupi, sedangkan isu sebenar bukanlah air mentah tetapi air terawat.
"Air mentah tidak pernah menjadi isu kerana Selangor memang mempunyai sumber yang mencukupi, apa yang kurang ialah loji rawatan air,'' katanya.
Tambah Sohaimi, tindakan kerajaan negeri bermain politik berhubung isu tersebut juga dilihat tidak mendatangkan sebarang faedah sebaliknya hanya memudaratkan rakyat yang terlibat.
"Kerajaan Selangor tidak seharusnya mempolitikkan keperluan asas itu jika benar mereka sebuah kerajaan yang mengutamakan keperluan dan kebajikan rakyatnya.
"Sehubungan itu, kami mewakili NGO menyokong tindakan Kerajaan Pusat meneruskan pembinaan Langat 2 demi kebaikan seluruh rakyat Selangor," jelasnya.
Sohaimi turut berkata, pihaknya bersama 54 NGO lain akan mengadakan siri jelajah bagi memberi penjelasan sebenar kepada masyarakat umum berhubung krisis air yang dihadapi negeri itu.
RAKYAT SELANGOR SUDAH BERSUARA !!! |
TU YANG SEBENARNYA BERLAKU DI KUALA LANGAT, SEPANG, PUCHONG, BERJUNTAI BESTARI, HULU SELANGOR dll................SAMPAI BILA ??? |
Water Treatment Plant ( WTP ) |
Jangan haraplah nak tengok Kawasan bekas lombong yang menghijau seperti ini di Selangor............ |
P/S Agaknya Kerajaan Selangor tak puas puas merogol dan menjarah Tanah Rezab Melayu kerana kebanyakan Kawasan Lombong ( Darat ) kecuali Sungai adalah Kawasan Tanah Rezab Melayu terutamanya di Dengkil, Sepang dan Olak Lempit (MC4, MC5, MC6), Kuala Langat yang keluasannya lebih kurang 1,800 Ekar ( K.Langat) dan 1,500 Ekar di Dengkil, Sepang. Ini adalah fakta di dalam pengetahuan aku sebagai ahli pelombong pasir dan bijih timah di Selangor sebelum Kerajaan Pakatan mengambil alih Selangor tahun 2008.
Agaknya, Mastermindnya ( Tau Siapa Kann!! ) nak isi air selepas lombong di korek. Ini adalah Teori Bodoh yang bukan Ilmiah. Air yang terkandung di kawasan bekas lombong (Takungan, kolam, Lombong) mengandungi kandungan logam berat yang mengambil kos yang tinggi untuk diproses bagi 'Treated Water' bagi alternatif Rezab Air mentah yang tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang tinggi terutama di bawah Sektor Industri. Akibatnya juga, banyak kilang dan industri yang terbengkalai perlaksanaannya. Siapa yang susah ?? Anak Selangor juga yang susah........kerana kilang tak dapat dibuka dan peluang pekerjaan tak dapat dipenuhi........masyaallah.....
Jadi terkini, siapa sebenarnya yang menjahanamkan Negeri dan Rakyat Selangor. Kalau tak percaya kenyataan aku ini, tolong check !! Itu belum di Daerah lain di Selangor. Wahai Anak Selangor !! Bangunlah menentang kemungkaran ini. Tumbangkan Pakatan Rakyat !! Masa untuk BN kembali dengan barisan kepimpinan baharu yang dinamik sebagai Pembela rakyat yang sebenarnya khasnya di Negeri Selangor Darul Ehsan dan di Malaysia amnya.
-Tunggukan sambungannya...................