Advertisement
Monday, July 30, 2012
ANAKNILAI : STATEMENT INI PERNAH ADMIN CADANGKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN PADA TAHUN 2005.
MB: Negeri Sembilan tiada masalah jual air kepada Selangor
SEREMBAN - Negeri Sembilan tiada masalah menjual bekalan air kepada negeri lain termasuk Selangor apabila Empangan Sungai Triang dan Loji Rawatan Air Sungai Ngoi-Ngoi di sini yang sedang dibina, siap akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana apabila kedua-dua loji berkenaan siap, ia dijangka mampu meningkatkan pengeluaran air bersih dan menghasilkan lebihan untuk dijual.
"Kita akan beri pertolongan, kita akan buat apa sahaja supaya kepentingan rakyat ini sentiasa menjadi keutamaan. Berapa banyak kita jual setiap liter adalah perkara lain tetapi kita sentiasa bersedia," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata, pada masa ini, Negeri Sembilan tidak mempunyai lebihan air untuk djual kerana di daerah Seremban sahaja, jumlah penggunaan air 70 juta gelen sehari sedangkan kapasiti semasa pengeluaran air bersih dari Loji Rawatan Air Sungai Terip di sini adalah sekitar 65 juta gelen sehari.
Namun, apabila empangan dan loji tersebut siap dan mula beroperasi, ia dijangka mampu menghasilkan sekitar 60 juta gelen air bersih sehari yang mampu menampung kekurangan di daerah ini dan mempunyai lebihan untuk dijual, katanya.
"Pada setiap hari, kita juga menghadapi masalah kekurangan air yang dirawat tetapi kita boleh menguruskan keadaan itu dengan baik. Apabila loji rawatan air dan empangan yang baharu siap dibina, kita berada pada kedudukan untuk berbuat
demikian (menjual air ke negeri lain), katanya.
Mohamad berkata pada masa ini Negeri Sembilan belum menerima sebarang permintaan membeli air dari negeri lain namun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah meminta kerajaan negeri memulakan rundingan dengan pihak yang mahu membelinya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri sedang menaik taraf dua buah loji rawatan air di Ulu Jempol dan Bahau dekat sini, bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan ke kawasan sekitar iaitu daerah Jempol dan Kuala Pilah.
Katanya, penaiktarafan kedua-dua loji lama tersebut yang menelan belanja RM80 juta dijangka siap akhir tahun ini.
"Loji Rawatan Air Ulu Jempol, kita akan naik taraf kapasitinya dari 12 juta gelen sehari kepada 25 juta gelen sehari dan Loji Rawatan Air Bahau, kita akan naik taraf dari lapan juta gelen kepada 12 juta gelen sehari," katanya.
Wednesday, July 25, 2012
Isu Air Selangor : Sampai bila Rakyat Di Adu Domba ??
Selangor didakwa sengaja halang Langat 2
SINOPSIS - ISU PASIR PUN TAK SELESAI SELESAI..............
KUALA LUMPUR 24 Julai 2012
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak agar berhenti main tarik tali dengan Kerajaan Pusat berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri tahu projek Langat 2 amat diperlukan rakyat tetapi mereka bertindak menghalang pembinaannya hanya kerana ia merupakan projek di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Mereka tahu krisis air yang sedang dihadapi penduduk negeri ini, namun mereka tetap berdegil dengan mengatakan Langat 2 tidak diperlukan.
"Tetapi jika Kerajaan Pusat menyerahkan projek pembangunan Langat 2 kepada pihak tersebut, pastinya mereka akan melaksanakannya demi memenangi hati rakyat Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu mengetuai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumpa dengan wakil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bagi mendapatkan maklumat sebenar berhubung krisis air negeri itu.
Menurutnya, kerajaan negeri juga bertindak mengelirukan rakyat dengan menegaskan negeri itu mempunyai bekalan air mencukupi, sedangkan isu sebenar bukanlah air mentah tetapi air terawat.
"Air mentah tidak pernah menjadi isu kerana Selangor memang mempunyai sumber yang mencukupi, apa yang kurang ialah loji rawatan air,'' katanya.
Tambah Sohaimi, tindakan kerajaan negeri bermain politik berhubung isu tersebut juga dilihat tidak mendatangkan sebarang faedah sebaliknya hanya memudaratkan rakyat yang terlibat.
"Kerajaan Selangor tidak seharusnya mempolitikkan keperluan asas itu jika benar mereka sebuah kerajaan yang mengutamakan keperluan dan kebajikan rakyatnya.
"Sehubungan itu, kami mewakili NGO menyokong tindakan Kerajaan Pusat meneruskan pembinaan Langat 2 demi kebaikan seluruh rakyat Selangor," jelasnya.
Sohaimi turut berkata, pihaknya bersama 54 NGO lain akan mengadakan siri jelajah bagi memberi penjelasan sebenar kepada masyarakat umum berhubung krisis air yang dihadapi negeri itu.
RAKYAT SELANGOR SUDAH BERSUARA !!!
TU YANG SEBENARNYA BERLAKU DI KUALA LANGAT, SEPANG, PUCHONG,  BERJUNTAI BESTARI, HULU SELANGOR dll................SAMPAI BILA ???
Water Treatment Plant  ( WTP )
Jangan haraplah nak tengok Kawasan bekas lombong yang menghijau seperti ini di Selangor............ 
P/S    Agaknya Kerajaan Selangor tak puas puas merogol dan menjarah Tanah Rezab Melayu   kerana kebanyakan Kawasan Lombong ( Darat ) kecuali Sungai adalah Kawasan Tanah Rezab Melayu terutamanya di Dengkil, Sepang dan Olak Lempit (MC4, MC5, MC6), Kuala Langat yang keluasannya lebih kurang 1,800 Ekar ( K.Langat) dan 1,500 Ekar di Dengkil, Sepang. Ini adalah fakta di dalam pengetahuan aku sebagai ahli pelombong pasir dan bijih timah di Selangor sebelum Kerajaan Pakatan mengambil alih Selangor tahun 2008. 
Agaknya, Mastermindnya ( Tau Siapa Kann!! ) nak isi air selepas lombong di korek. Ini adalah Teori Bodoh yang bukan Ilmiah. Air yang terkandung di kawasan bekas lombong (Takungan, kolam, Lombong) mengandungi kandungan logam berat yang mengambil kos yang tinggi untuk diproses bagi 'Treated Water' bagi alternatif Rezab Air mentah yang tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang tinggi terutama di bawah Sektor Industri. Akibatnya juga, banyak kilang dan industri yang terbengkalai perlaksanaannya. Siapa yang susah ?? Anak Selangor juga yang susah........kerana kilang tak dapat dibuka dan peluang pekerjaan tak dapat dipenuhi........masyaallah.....
Jadi terkini, siapa sebenarnya yang menjahanamkan Negeri dan Rakyat Selangor. Kalau tak percaya kenyataan aku ini, tolong check !! Itu belum di Daerah lain di Selangor. Wahai Anak Selangor !!  Bangunlah menentang kemungkaran ini. Tumbangkan Pakatan Rakyat !!  Masa untuk BN kembali dengan barisan kepimpinan baharu yang dinamik sebagai Pembela rakyat yang sebenarnya khasnya di Negeri Selangor Darul Ehsan dan di Malaysia amnya.
-Tunggukan sambungannya...................
1Malay: Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam da...
1Malay: Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam da...: Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam dan kini giliran Malaysia . Muncul beberapa penulisan yang membuka rahsia percaturan Y...
Dr MiM: Pemikiran Bangsa Malaysia
Dr MiM: Pemikiran Bangsa Malaysia: Dr Novandri Hasan Basri Di sertakan di bawah ini satu artikel tulisan penulis yang telah disiarkan di Utusan Malaysia mengenai Hari Kemer...
Bila Dr. Mahathir berbicara : Sedarlah Orang Melayu !!
p/s   Pengajarannya : Orang Melayu mesti bersatu memberi undi kepada Calon BN dan UMNO. Tiada wadah atau jalan lain. Jangan bagi kuasa kepada golongan yang menggadaikan Agama serta Rasist/ Komunis ataupun yang Zionist. Tak payah di sebutkan lagi....Semua dah faham............
1Malay: Kenyataan Sebenar Tragedi 13 Mei, 1969
1Malay: Kenyataan Sebenar Tragedi 13 Mei, 1969: 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU Lim Kit Siang zaman 13 Mei .. PENASIHAT  Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melent...
Tuesday, July 24, 2012
1LIMO: iCar: Mercedes S600 Apple Car by BrabusPosted by...
1LIMO:
iCar: Mercedes S600 Apple Car by Brabus
Posted by...
: iCar: Mercedes S600 Apple Car by Brabus Posted by: admin    Tags:   apple brabus ,  Cars Reviews ,  Funny Cars ,  icar ,  mercedes a...
1CAR: MAYBACH EXELERO : Most Expensive Car In The World
1CAR: MAYBACH EXELERO : Most Expensive Car In The World: The Worlds Most Expensive Car Maybach Exelero Posted by: admin    Tags:   Cars Reviews ,  Funny Cars ,  Maybach Exelero ,  News ,  U...
MOU diantara UMNO dan CPC
Monday, July 23, 2012
EKSKLUSIF ! 
S/U Agong UMNO dedahkan UMNO tandatangani MOU dengan Parti Komunis China-CPC  (Video Inside)
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
Nampaknya kenyataan Zahid Hamidi itu telah menyerlahkan kebenaran dari apa yang Tun Mahathir kata “ Hanya orang-orang bodoh bersama UMNO kini..”
Mungkin Zahid yakin bahawa semua rakyat Malaysia adalah sebodoh pencacai-pencacai UMNO yang dengan mudah boleh diperbodohkannya..
Atau mungkin juga Zahid Hamidi sendiri yang bodoh hinggakan sebagai juga Menteri Pertahanan Malaysia beliau gagal menyedari bahawa UMNO sendiri telah menandatangani Mou dengan Parti Komunis China (CPC).
Menurut Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, memorandum Persefahaman antara UMNO dan Parti Komunis China (CPC) sepatutnya ditandatangani lebih awal lagi tetapi bencana alam yang melanda China telah melewatkannya.
Tujuan Memorandum ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan diantara kedua-dua buah parti iaitu CPC dan UMNO.
Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor beliau difahamkan bukan semua parti dalam dunia ini ada menandatangani memorandum seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dan CPC.
Ini kerana Communist Party China memilih parti-parti yang mereka hendak adakan memorandum persefahaman.
SAKSIKAN!!
UMNO ONLINE
Bermuda Triangle : A Phenomena
Bermuda Triangle : A Phenomena
Monday, July 23, 2012
Kerajaan Tolak Cadangan Selangor Ambil Alih Syabas – Muhyiddin
Kerajaan Tolak Cadangan Selangor Ambil Alih Syabas – Muhyiddin
Atlantis - Dunia Yang Hilang
Atlantis – The Lost World
February 2, 2012 
Is it myth or truth? No one knows. For centuries, the story of the ancient and advanced civilization that inhabited the former island in the Atlantic Ocean has been told. There are yet no evidence whether this island that disappeared existed, but there is no evidence that it didn’t exist. Atlantis was an island of large size, supposedly located in the Atlantic Ocean near the Straits of Gibraltar. The first to mention this island is a Greek philosopher Plato in his writings. In his book “Crito” Plato spoke of Atlantis and its inhabitants but also thewar of civilizations with the rest of the developed world. Plato described Atlantis as a large island, which occupied a large space between Europe and North America, near Gibraltar.
Atlantis   The Lost World
Atlantis   The Lost World
This island, according to Plato’s words, was very developed and modern island for the time. This island was rich with fertile land and minerals, and the population engaged in agriculture, livestock, mining… They dug and melted ore. This island was rich with the most valuable metal now – gold. According to Plato’s writings this island was very rich with a metal, so-called Orichalcum, that could be found only on this island. In the middle of the island there were two water sources. From one flowed cold water and hot from another. Around these sources they built pools and bathrooms. On this island there were several cities that were very well organized and very modern with large docks.
Atlantis   The Lost World
Atlantis   The Lost World
Entire island was run by Atlant with ten kings who have met every six years to pass and make laws. It was beautiful to live and grow up on this island, as people lived in prosperity in the rich country which has developed an entire culture. But all that stopped when people of Atlantis decided to invade the rest of the world led by the Greeks. What happened after that isn’t very well-known. The war started, and during the war, however, this island mysteriously disappeared. Plato writes in his book that Atlantis disappeared 9000 years before Plato’s time. There are many theories about the disappearance of this advanced civilization.
Atlantis   The Lost World
Atlantis   The Lost World
The most famous theory is that the island disappeared because they destroyed themselves by using a horrible energy that they were not allowed to use, then the theory that the gods punished them for depravityand decay of moral values as people of Atlantis became greedy and immoral. But the most acceptable theory is that destroying of the island is a natural disaster that has engulfed this island during the war with the rest of the world. There are assumptions that a series of earthquakes have taken place and completely destroyed the island that was flooded, more precisely tsunami caused by the earthquake. After that, for centuries people have tried to find this mystical island, even in these attempts were also found most of today’s continents such as South and North America.
Atlantis   The Lost World
Atlantis   The Lost World
Today nothing is known about this island, but today many believe that the satellite images of the bottom of the Atlantic show the lines crossing at right angles, which reminds of the streets and parts of the city, and many think that these are the remains of Atlantis while others, however, argue, that these are ordinary cracks (faults) on the bottom of the ocean that are characteristic for the Atlantic.
Atlantis   The Lost World
Atlantis   The Lost World
Atlantis   The Lost World
Sumber :  www.dumage.com/
Bermuda Triangle: New anomalous phenomenon discovered - English pravda.ru
Bermuda Triangle: New anomalous phenomenon discovered - English pravda.ru
Penggempur Mutiara: Panas!!! Adakah Benar Video Membalun Ini Melibatka...
Penggempur Mutiara: Panas!!! Adakah Benar Video Membalun Ini Melibatka...: Makin menjadi- jadi penyebaran video panas sebegini.. Tonton dan sahkan segera!!!
Penggempur Mutiara: Panas!!! Gambar Tiz Zaqyah Mandi Pula Tersebar Lua...
Penggempur Mutiara: Panas!!! Gambar Tiz Zaqyah Mandi Pula Tersebar Lua...: Pelakon comel ini sedang popular dengan lakonan manjanya bersama Aqasha di dalam drama Dejavu Di Kinabalu.  Dalam kesibukan lakonan,Tiz Z...
Penggempur Mutiara: Kaum Cina Sudah Pandai Menilai : Pembohongan Anwar...
Penggempur Mutiara: Kaum Cina Sudah Pandai Menilai : Pembohongan Anwar...: Akhbar China Press bertarikh 26 Mei 2012 menyiarkan artikel mengenai dakwaan terbaru Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa ramai pemim...
Tuesday, July 17, 2012
http://m.tmi.me/tzCJQ
WELCOME TO MY NEW BLOG...................
http;//anaknilai.blogspot.com
http://m.tmi.me/tzCJQ
Latheefa's resignation her own decision, says MB
Latheefa's resignation her own decision, says MB
Syarikat operator keretapi Singapura didenda RM4.9 juta
Syarikat operator keretapi Singapura didenda RM4.9 juta
Khalid Billionaire??
Khalid - Apa Jadi Pada Audit 2009 - 2010 ?
Keputusan kerajaan negeri untuk melantik sebuah firma audit dan akauantan bagi mengkaji proses perlaksanaan kutipan hutang Talam Corporations menimbulkan persoalan.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Soohaimi Shahadan berkata mengapa selepas isu berkenanan didedahkan kepada umum, secara tiba-tiba kerajaan negeri ingin melantik firma audit dan akauntan sedangkan perkara itu sepatutnya dilakukan dari peringkat awal bukannya selepas diketahui umum.
“Mengapa sekarang baru nak panggil juru audit dan akauantan, mengapa tidak dibuat ketika urusan itu dilaksanakan, ‘dah tergantuk baru nak tergadah’, apakah itu semua sekadar hendak mengaburi mata rakyat mengenai perkara itu."
“Dulu cerita nak bentang kertas putih mengenai isu ini, tetapi sehingga kini tiada pun kertas putih yang dibentangkan, kini nak lantik firma audit dan akuantan pula, apakah yang sebenarnya berlaku, jika perkara ini tidak didedahkan sudah pasti semuanya itu akan berlalu begitu sahaja,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang mengesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berterus terang dan bukannya berdolak dalik dengan pelbagai alasan termasuk untuk firma audit dan akuantan.
“Mengapa sukar sangat Menteri Besar untuk menjelaskan perkara ini, apakah ada cerita tersembunyi sehingga kini mereka tidak mampu memberi jawapan yang jelas, sebaliknya berdolak-dalik dengan pelbagai cerita."
“Kalau dulu mereka kata mereka akan mentadbir secara telus dan tidak akan melindungi apa-apa jua perkara yang berlaku, tetapi mengapa kini banyak sangat alasan yang diberi, ia bukan sahaja membabitkan isu Talam sahaja, malah isu lain seperti masalah pasir juga sehingga kini tiada suatu jawapan konkrit yang diambil terhadap perkara itu,” katanya.
Beliau menggesa kerajaan negeri supaya berani tampil memperjelaskan isu berkenaan dan bukannya membiarkan ia berlanjutan dengan pelbagai jawapan yang berbelit-belit, rakyat Selangor hanya ingin jawapan yang benar mengenainya. -MediaUMNO
Nota KGC: Apakah muslihat dan tipudaya yang cuba dimainkan regimn Khalid Gagap ni ??? Khalid pernah kata tunggu sampai bulan 8. Kenapa nak tunggu ??? Sekarang nak lantik audit pula. Bukankah audit dah keluar untuk tahun 2009 - 2010 dan apakah Khalid Gagap lupa bahawa dia sendiri yang turunkan tandatangan pada keputusan audit berkenaan (2009 - 2010) ???
Sepertimana isu pasir yang banyak berdolak dalih sehingga kes 1 billion "round-tripping" hutang talam, macam biasa "trademark" Khalid Gagap bukan lagi gagap tetapi BISU !!! Rakyat tak sabar nak tggu penjelasan dari MB mereka sendiri atau nak tggu kena penendang dari rakyat Selangor ke Khalid ???
BAHAYA APABILA WUJUD VACUUM - PROF. DR. RIDHUAN TEE ABDULLAH
SUNDAY, JULY 15, 2012
Bahaya apabila wujud vacuum
(Sinar Harian 16 Julai 2012)
Kejadian amuk di hadapan pejabat Perdana Menteri perlu diberikan perhatian serius. Adalah sesuatu yang malang, jika ia ada kaitannya dengan ajaran sesat atau ekstremis agama. Tercalar lagi imej Islam.
Belumpun reda insiden tersebut, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional, yang masih belum digubal. Turut dikuatkuasakan serta-merta adalah pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang berkaitan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Sepatutnya, sebelum sesuatu akta itu dimansuhkan, perlu ada akta baharu yang telah digubal  untuk menggantikannya, supaya tidak wujud ruang kekosongan atau vacuum. Jika akta yang menggantikannya masih belum digubal, akta yang sedia ada sepatutnya tidak dimansuhkan terlebih dahulu. Akta ini masih boleh dikuatkuasakan sehinggalah menunggu akta baharu menggantikannya, termasuklah mendapatkan input rakyat. Perkara ini penting untuk mengelakkan vacuum.
Inilah yang berlaku ketika Jepun menyerahkan kalah, meninggalkan Tanah Melayu, secara tiba-tiba, akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, dalam Perang Dunia Kedua. Vacuum selama 14 hari telah menyebabkan komunis bermahajarajalela. Ramai orang awam yang tidak berdosa, terutama orang Melayu yang telah menjadi korban. Komunis membalas dendam terhadap orang Melayu kerana berbaik dengan Jepun. Peristiwa ini sebenarnya lebih dahsyat daripada peristiwa 13 Mei 1969. Namun, ia tidak diwar-warkan, atas dasar untuk menjaga hati kaum tertentu. Nasib baiklah British sampai selepas 14 hari tempoh vacuumtersebut. Jika tidak, negara ini sudah menjadi negara komunis.
Sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, sementara menunggu akta baharu, vacuum telah wujud. Kumpulan pelampau dan mereka yang mengambil kesempatan semakin subur, sama ada kalangan orang Islam atau bukan Islam. Keadaan ini sudah tentu membahayakan keselamatan negara.
Saya tidaklah menyokong ISA dan akta-kata yang disebutkan sepenuhnya. Perlu kepada penambaikan supaya tidak berlaku penganiayaan. Prinsip asas deklarasi hak asasi manusia sejagat perlu dipatuhi. Sesiapa saja yang ditahan atau dituduh bersalah, mestilah dibuktikan. Bersesuaian dengan kata-kata, seseorang yang dituduhkan itu tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah.
Namun, menghapuskan undang-undang sedia ada sehingga mewujudkan vacuum, agak kurang wajar. Masa depan negara perlu difikirkan sama. Kumpulan-kumpulan yang mengambil kesempatan sedang bermaharajalela. Hari ini, kita lihat, di alam siber dan ceramah-ceramah, dengan mudah sahaja perkara-perkara sensitif dibangkitkan. Misalnya, menghina kedudukan Islam, raja-raja Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan lain-lain yang tergolong dalam akta hasutan. Lebih-lebih lagi, kemunculan kumpulan-kumpulan tertentu yang mahu mengguling kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam yang dikatakan sebagai thaughutThaughut disamakan dengan kafir. Maka berlakulah kafir-mengkafir. Siapakah kita untuk mengkafirkan mereka yang masih berpegang kepada syahadah? Apakah kita yang suka mengkafirkan orang ini sudah tentu masuk syurga?
Islam menolak kegiatan pelampau dan ekstremis. Imam Ahmad meriwayatkan, “jauhilah melampau dalam agama. Sesungguhnya rosaknya orang-orang sebelum kamu kerana melampau dalam agama”.
Abu Hurairah pula meriwayatkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya agama ini mudah. Tiada seseorang yang mempersulitkannya melainkan dikalahkannya, maka laksanakanlah dengan benar...” (Riwayat Bukhari dan Nasaai). Kita sepatutnya menggunakan ruang dan peluang untuk berdakwah dan menyampaikan Islam kepada golongan sasaran. Kerana itulah perintah yang sebenar. Saya yakin, umat Islam akan menjadi kuat.
Perintah berdakwah secara bijaksana dan berhikmah dengan jelas disebut dalam al-Quran yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk”.(Surah an-Nahl 125)
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berpendapat, antara punca kerosakan umat Islam adalah mereka terperangkap dengan pendapat orang perseorangan, dan tidak berganjak mengambil ilmu atau kebenaran mazhab yang lain. Pendapat ulamak diketepikan, kerana fanatik kepada pemimpin sendiri. Ulamak diperlekehkan kerana tidak memberikan pendapat yang benar dan takut kepada pemerintah thaughut.
Golongan ini lebih terpengaruh kepada mereka yang mendapat pendidikan dari barat, yang dikatakan lebih memahami al-Quran dan Hadis. Syaikh Bakr bin Abdillah Abu Zaid menjelaskan inilah bahayanya apabila kita terlalu taksub kepada sesuatu parti atau golongan. Mereka mengikat wala dan bara atau menyenangi dan membenci orang, kerana parti atau golongan. Akhirnya, orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Biasanya, sesebuah pertubuhan ditubuhkan dengan tujuan murni untuk mentauhidkan Allah SWT. Namun, ia mula berubah dari matlamat asal, hanya kerana ingin menyaingi pertubuhan yang lain. Dakwah yang dilakukan tidak lagi berasaskan tauhid, tetapi dibangunkan atas dasar pola berfikir dan perancangan kumpulannya.
Ketahuilah umatku, perpecahan umat hari ini merupakan ujian bagi orang yang beriman. Sepatutnya kita memilih jalan yang benar dan meninggalkan kelompok yang tersasar. Fikirkanlah masa depan Islam dan umat Islam segala keseluruhan.
Kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah apabila berlaku kekeliruan atau perselisihan, bukan saling tuduh-menuduh atau kafir-mengkafir. Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya” (Hadis Riwayat Imam Malik). Saya tidak nampak perpecahan itu suatu rahmat dalam keadaan kita begitu lemah pada hari ini. Maka fikirkanlahvacuum yang telah dibincangkan.
Wak Long@Man: Matawang Malaysia Siri Baharu Perkenal Keunikan Ma...
Wak Long@Man: Matawang Malaysia Siri Baharu Perkenal Keunikan Ma...: VIDEO: MATA WANG MALAYSIA Duit sape dalam dunia yang tak nak duitkan. Bodoh la kalau korang tak nak duit. Malaysia sekarang dah ke...
Monday, July 16, 2012
BERITA HARIAN: 38,549 PELAJAR DITERIMA KE IPTA SESSI 2012 / 2013
38,549 dapat tempat di IPTA
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2012/07/14
Ikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013
Putrajaya: Seramai 38,549 lepasan Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013.
Jumlah itu mewakili 73.5 peratus daripada 52,430 calon yang layak serta melepasi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program Pengajian.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata jumlah calon layak susut 1.5 peratus berbanding tahun lalu berikutan jumlah calon mengemukakan permohonan berkurangan kepada 63,467 iaitu susutan 1.9 peratus.
Beliau berkata, antara faktor penyumbang kepada penurunan ini ialah ketidaksediaan pelajar menerima kursus selain pilihan mereka, merit rendah, profil kependudukan dan tidak menduduki Ujian bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).
“Bagaimanapun, peratus pelajar cemerlang yang mendapat tempat dan memenuhi pilihan program meningkat pada tahun ini,” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Rujhan berkata, jumlah tempat ditawarkan tahun ini berkurangan antara 3,000 hingga 4,000 berbanding tahun lalu kerana lima Universiti Penyelidikan menumpukan kepada pengambilan pelajar lepasan siswazah.
Pada masa sama, hanya 50 peratus pengambilan dilakukan di kalangan pemohon bagi program pendidikan kerana tidak menerima unjuran keperluan guru daripada Kementerian Pelajaran.
Bagaimanapun, katanya, kementerian akan menggunakan strategi mengalihkan pelajar ke universiti komprehensif yang lain mulai tahun ini.
Beliau berkata, 5,154 calon berjaya mengikuti program berdaya saing yang dipohon termasuk perubatan (875 orang), pergigian (170 orang), farmasi (295 orang), undang-undang (354 orang), kejuruteraan kimia (666 orang), kejuruteraan mekanikal (1,071 orang), kejuruteraan elektrik dan elektronik (919 orang) serta perakaunan (804).
Calon boleh semak status permohonan melalui laman sesawang http://upu.mohe.gov.my; http://www.jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; http://jpt.ums.edu.my bermula hari ini.
Mereka juga boleh menghubungi talian hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.
Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman sesawang http://upu.mohe.gov.my mulai hari ini dan berakhir 22 Julai. Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 September ini.
INFO: Pelajar layak ke IPTA
  • 27,455 – calon Bumiputera
  • 8,986 – calon Cina
  • 1,384 – calon India
  • 724 – lain-lain bangsa
  • 21,959 – calon aliran sains
  • 16,590 – calon aliran sastera
  • 25,372 – calon perempuan
  • 13,177 – calon lelaki
  • Zahid Hamidi - Ahli UMNO Jangan Terlalu Selesa.
    Jangan amal sikap selesa jika tidak mahu sejarah 2008 berulang - Zahid Hamidi
    KUALA KANGSAR: Semua anggota UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengamalkan sikap selesa jika tidak mahu sejarah pilihan raya umum 2008 berulang terutama di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang. 
    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya seluruh anggota perlu memperkukuhkan jentera dan sokongan terhadap parti masing-masing bagi meraih hati pengundi serta bekerjasama erat antara parti komponen BN.
    Beliau berkata, seluruh anggota dan pemimpin Umno dan BN perlu lebih bekerja keras berbanding sebelum ini bagi meraih sokongan semua golongan pengundi. 
    Sementara itu di SUNGAI SIPUT, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, jika anggota UMNO dan BN tidak mahu berada di bawah pentadbiran pembangkang, seluruh parti perlu memastikan pemimpin dan jentera bekerja kuat untuk meraih sokongan rakyat. 
    "Pembangkang cuba membawa 'acuan' politik negara lain ke dalam negara ini dan jika negara mengalami kesusahan, rakyat tidak boleh mengharapkan negara lain membantu," katanya ketika menutup mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sungai Siput di sini. - BERNAMA 
    1m4u : Berita Harian
    4 inisiatif penting perkasa gerakan sukarelawan belia: Najib
    KUALA LUMPUR:
     Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan empat inisiatif penting di bawah program 1Malaysia For Youth (1M4U) dalam usaha memperkasakan gerakan sukarelawan belia di negara ini. 
    Perdana Menteri berkata, empat perkara itu ialah penubuhan Lembaga Amanah 1M4U, Dana Sukarelawan 1Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM100 juta dan mengisytiharkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan serta mewujudkan Stesen Radio 1M4U. Najib berkata demikian ketika berucap pada program 1M4U di sini. 
    KEDAI KAIN RAKYAT 1MALAYSIA
    Najib lancar KKR1M hari ini
    HULU LANGAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.
    KKR1M dimiliki Peluang Karisma Sdn Bhd yang terletak di Taman Lagenda Suria itu membolehkan rakyat membeli pelbagai jenis fabrik terkini dan berkualiti dengan harga lebih murah.
    KKR1M yang berkonsepkan gedung kain itu turut menawarkan kain langsir, kelengkapan sekolah dan baju kurung serta baju Melayu pada harga serendah RM15 sepasang.
    Sebanyak 30 buah KKR1M dijangka ditubuhkan dalam tempoh dua tahun.
    Kata Dikota, Janji Ditepati: 1M4U : 1MALAYSIA FOR YOUTH
    Kata Dikota, Janji Ditepati: 1M4U : 1MALAYSIA FOR YOUTH: What is 1Malaysia For Youth? The Malaysian Government recognises that Malaysian youth can and should play a role in helping to tra...
    Sunday, July 15, 2012
    Dr MiM: RAMAINYA YANG BERDOSA KEPADA DS @NajibRazak !
    Dr MiM: RAMAINYA YANG BERDOSA KEPADA DS @NajibRazak !: DS Najib Razak telah bersumpah muhabalah. Foto yang digunakan untuk memfitnah pun disahkan photoshop. Tetapi pembangkang dan pencacai-penca...
    Dr MiM: Tun Abdullah, DS Zambry Kadir, DS Zaid Hamidi, DS...
    Dr MiM: Tun Abdullah, DS Zambry Kadir, DS Zaid Hamidi, DS...: Sebentar tadi MiM telah berada di majlis perkahwinan Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang. Beliau dan isterinya D...
    image
    Friday, July 13, 2012
    Monday, July 9, 2012
    SUNDAY, JULY 08, 2012
    Mencari identiti bangsa Malaysia
     (Sinar Harian 9 Jul 2012) 
    oleh Ridhuan Tee Abdullah
    Ada orang bertanya, kenapa bukan Melayu di Malaysia lebih Cina daripada orang Cina di negeri China atau lebih India dari orang India di India? Sehinggakan orang Cina di China (India di India) yang berkahwin dengan orang Cina (India) Malaysia pun menggeleng kepala melihat gelagat mereka di sini, terlalu ultra kiasu. Saya katakan, tidak semua bukan Melayu  sebegitu. Produk Cina (India) aliran sekolah kebangsaan kurang kiasunya berbanding dengan produk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/T, SMJKC dan IPTS) yang kebanyakannya ultra kiasu dalam tindakan. Pokoknya, mereka perlu bercampur.
    Malangnya, masih ramai yang tidak bercampur, tidak dapat menguasai dan menghayati agenda kebangsaan, misalnya bahasa kebangsaan, seperti generasi pertama. Sedangkan hari ini rata-rata terdiri daripada generasi kedua dan ketiga. Persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk ‘mengasimilasikan’ diri (bercampur)? Wujudkah bangsa Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan?
    Sebenarnya tidak! Ini kerana, setiap bangsa memperjuangkan agenda masing-masing dengan begitu ultra sama seperti generasi pertama. Semuanya berpunca daripada kesengajaan tidak mahu memahami sejarah dan mempergunakan kebebasan yang diberikan.
    Terus terang, walau pun di negara ini mempunyai aliran agama, aliran ini jauh lebih terbuka berbanding dengan aliran jenis kebangsaan yang terlalu menekankan agenda bangsa berbanding agenda negara, sehingga kita tidak tahu apakah identiti mereka yang sebenar. Nak dikatakan sama seperti negara asal, tidak juga. Sebab orang Cina/India) di China/India tidaklah seultra Cina/India di sini. Orang Cina di China masih lagi terbuka, walaupun berada dalam pemerintahan komunis.
    Lebih malang lagi apabila sikap ultra kiasu ini telah diadunkan dengan satu lagi pemikiran yang disebut sebagai Asian Settler Colonialism (ASC) yang diwarisi daripada generasi pertama. Pemikiran ASC mengambil kira apa yang berlaku di Hawai’i yang berkait rapat dengan penghijrah dan peneroka. Tidak semuapendatang adalah peneroka. Adakalanya peneroka datang untuk tinggaldanmengasas politik mereka menjadi bangsa yang berdaulat. Tidak berlaku penjajahan secara langsung. Tetapi mereka berstrategi mahukan kaum asal lenyap. Jika tidak lenyap, mereka akan menggunakan tenaga pekerja merekasebelum mereka dilenyapkan. Jika ada kekuatan mereka akan menguasai bangsa asal itu. Keadaan inilah sedang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang.
    Orang bukan Melayu begitu sukar untuk menerima institusi Islam atau bumiputera seperti sekolah agama, matrikulasi dan institusi MARA. Sedangkan secara umumnya boleh dikatakan orang Melayu, sama lulusan sekolah agama atau MARA, tidak ada masalah untuk menerima institusi-institusi perkauman bukan Melayu, seperti sekolah jenis kebangsaan dan pertubuhan perkauman yang lain. Kenapa boleh jadi begini? Di manakah identiti bangsa Malaysia sebenarnya?
    Kenapa pemikiran ultra kiasu dan ASC terus membelenggu kehidupan rakyat hari ini? Kenapa perkara-perkara yang sudah jelas termaktub dalam perlembagaan tidak mahu disetujui? Sedangkan umat Islam cukup bertoleransi dengan kehendak orang lain?
    Identiti apakah yang kita bawa? Mereka seolah-olah berada dalam kelompok sendiri. Tidak bercampur. Hidup dalam tempurung sendiri.  Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila cerdik pandai bukan Melayu apabila menulis, membentang kertas kerja atau ceramah, bersastera, berdrama, sukar sekali untuk mendengar hujah mereka dikaitkan dengan sejarah Tanah Melayu. Mereka sanggup mengorek sejarah negara lain sebagai bukti,tetapi terlalu sukar merujuk sejarah Tanah Melayu.
    Sering kedengaran, mereka menggunakan hujah-hujah logik akal semata-mata, terutama merujuk kepada hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rata-rata kedengaran mereka mahukan layanan sama rata dan sama rasa atau fair and square. Sebarang diskriminasi akan ditentang habis-habisan tanpa mahu berpaling melihat kepada sejarah negara. Apakah formula sama rata dan sama rasa ini tidak perlu bertunjangkan sejarah dan perlembagaan?
    Sesiapa sahaja yang menggunakan hujah sejarah dan perlembagaan akan ditolak walaupun sebangsa, misalnya orang-orang seperti Khoo Kay Kim dan Teoh Kok Seong. Sudah tentu termasuk saya. Kami dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.
    Jenis apakah bukan Melayu yang sedang dilahirkan di Malaysia ini? Apa jua agenda nasional yang menggugat kononnya dikatakan hak bangsa, akan ditentang habis-habisan. Mereka akan berhimpun dan berdemonstrasi untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kelompok ini juga sudah tidak diterima pun jika mahu berhijrah ke tempat asalnya.
    Sedangkan permintaan dan desakan mereka telahpun dipenuhi, walaupun tidak sepenuhnya. Sudah tentulah menjadi kesukaran kepada kerajaan untuk memberi sepenuhnya. Pemikiran ASC dan ultra kiasu ini mesti diubah dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Jika tidak, negara ini tidak akan  ke mana-mana. Kita akan banyak membuang masa melayan kerenah itu dan kerenah ini terutama apabila menjelang pilihan raya.
    Apabila ia diberikan, sudah tentu akan menjadi precedence. Apabila sudah menjadiprecedence. Pemikiran ini tidak berkurang, malahan terus bertambah dan bercambah. Apa yang membimbangkan jika sikap ultra kiasu dan ASC ini terus bersarang dalam pemikiran dan diterjemahkan dalam bentuk realiti, sudah tentu orang Melayu selaku penduduk tidak akan berdiam. Pasti akan berlakunya pertembungan yang tidak dapat dielakkan.
    Dalam menyelesaikan masalah ini seperti yang dikatakan oleh Yuri Kochiyama (2008), aktivis hak asasi manusia,  “When Native Hawaiian activists lash out against Asian settler colonialism, we must remember what Malcolm X said: ‘The conditions that our people suffer are extreme, and an extreme illness cannot be cured with moderate medicine”.
    Mungkin ada selepas ini ada yang akan membanding tidakkah produk-produk Sekolah Agama atau institusi bumiputera seperti Matrikulasi, MARA dan UiTM juga mempunyai pemikiran sebegini? Apakah dalam pemikiran mereka tidak ada ASC dan ultra kiasu? Jawapannya, ada.Tetapi sifat umat Islam ini dibendung oleh kesejagatan agama Islam yang meraikan orang lain.
    SUMBER : Blog Prof. Madya Dr. Hj. Ridhuan Tee Abdullah 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....
    Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM
    Anaknilai Bloggers Group Social Plugin