Advertisement

Monday, July 16, 2012

BERITA HARIAN: 38,549 PELAJAR DITERIMA KE IPTA SESSI 2012 / 2013



38,549 dapat tempat di IPTA

Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2012/07/14

Ikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013

Putrajaya: Seramai 38,549 lepasan Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mengikuti program ijazah pertama bagi sesi akademik 2012/2013.

Jumlah itu mewakili 73.5 peratus daripada 52,430 calon yang layak serta melepasi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program Pengajian.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata jumlah calon layak susut 1.5 peratus berbanding tahun lalu berikutan jumlah calon mengemukakan permohonan berkurangan kepada 63,467 iaitu susutan 1.9 peratus.

Beliau berkata, antara faktor penyumbang kepada penurunan ini ialah ketidaksediaan pelajar menerima kursus selain pilihan mereka, merit rendah, profil kependudukan dan tidak menduduki Ujian bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).

“Bagaimanapun, peratus pelajar cemerlang yang mendapat tempat dan memenuhi pilihan program meningkat pada tahun ini,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Rujhan berkata, jumlah tempat ditawarkan tahun ini berkurangan antara 3,000 hingga 4,000 berbanding tahun lalu kerana lima Universiti Penyelidikan menumpukan kepada pengambilan pelajar lepasan siswazah.

Pada masa sama, hanya 50 peratus pengambilan dilakukan di kalangan pemohon bagi program pendidikan kerana tidak menerima unjuran keperluan guru daripada Kementerian Pelajaran.

Bagaimanapun, katanya, kementerian akan menggunakan strategi mengalihkan pelajar ke universiti komprehensif yang lain mulai tahun ini.

Beliau berkata, 5,154 calon berjaya mengikuti program berdaya saing yang dipohon termasuk perubatan (875 orang), pergigian (170 orang), farmasi (295 orang), undang-undang (354 orang), kejuruteraan kimia (666 orang), kejuruteraan mekanikal (1,071 orang), kejuruteraan elektrik dan elektronik (919 orang) serta perakaunan (804).

Calon boleh semak status permohonan melalui laman sesawang http://upu.mohe.gov.my; http://www.jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; http://jpt.ums.edu.my bermula hari ini.

Mereka juga boleh menghubungi talian hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766 atau menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Calon yang gagal boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman sesawang http://upu.mohe.gov.my mulai hari ini dan berakhir 22 Julai. Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA ialah dari 1 sehingga 2 September ini.

INFO: Pelajar layak ke IPTA
  • 27,455 – calon Bumiputera
  • 8,986 – calon Cina
  • 1,384 – calon India
  • 724 – lain-lain bangsa
  • 21,959 – calon aliran sains
  • 16,590 – calon aliran sastera
  • 25,372 – calon perempuan
  • 13,177 – calon lelaki
  • Zahid Hamidi - Ahli UMNO Jangan Terlalu Selesa.


    Jangan amal sikap selesa jika tidak mahu sejarah 2008 berulang - Zahid Hamidi

    KUALA KANGSAR: Semua anggota UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengamalkan sikap selesa jika tidak mahu sejarah pilihan raya umum 2008 berulang terutama di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang. 

    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya seluruh anggota perlu memperkukuhkan jentera dan sokongan terhadap parti masing-masing bagi meraih hati pengundi serta bekerjasama erat antara parti komponen BN.
    Beliau berkata, seluruh anggota dan pemimpin Umno dan BN perlu lebih bekerja keras berbanding sebelum ini bagi meraih sokongan semua golongan pengundi. 

    Sementara itu di SUNGAI SIPUT, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, jika anggota UMNO dan BN tidak mahu berada di bawah pentadbiran pembangkang, seluruh parti perlu memastikan pemimpin dan jentera bekerja kuat untuk meraih sokongan rakyat. 

    "Pembangkang cuba membawa 'acuan' politik negara lain ke dalam negara ini dan jika negara mengalami kesusahan, rakyat tidak boleh mengharapkan negara lain membantu," katanya ketika menutup mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sungai Siput di sini. - BERNAMA 

    1m4u : Berita Harian


    4 inisiatif penting perkasa gerakan sukarelawan belia: Najib

    KUALA LUMPUR:
     Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan empat inisiatif penting di bawah program 1Malaysia For Youth (1M4U) dalam usaha memperkasakan gerakan sukarelawan belia di negara ini. 

    Perdana Menteri berkata, empat perkara itu ialah penubuhan Lembaga Amanah 1M4U, Dana Sukarelawan 1Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM100 juta dan mengisytiharkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan serta mewujudkan Stesen Radio 1M4U. Najib berkata demikian ketika berucap pada program 1M4U di sini. 

    KEDAI KAIN RAKYAT 1MALAYSIA


    Najib lancar KKR1M hari ini

    HULU LANGAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

    KKR1M dimiliki Peluang Karisma Sdn Bhd yang terletak di Taman Lagenda Suria itu membolehkan rakyat membeli pelbagai jenis fabrik terkini dan berkualiti dengan harga lebih murah.

    KKR1M yang berkonsepkan gedung kain itu turut menawarkan kain langsir, kelengkapan sekolah dan baju kurung serta baju Melayu pada harga serendah RM15 sepasang.

    Sebanyak 30 buah KKR1M dijangka ditubuhkan dalam tempoh dua tahun.

    Kata Dikota, Janji Ditepati: 1M4U : 1MALAYSIA FOR YOUTH

    Kata Dikota, Janji Ditepati: 1M4U : 1MALAYSIA FOR YOUTH: What is 1Malaysia For Youth? The Malaysian Government recognises that Malaysian youth can and should play a role in helping to tra...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

    Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

    Anaknilai Bloggers Group Social Plugin