Advertisement

Friday, January 18, 2013

ANAKNILAI: Siapa Azmin ??? Timbalan Presiden Pakatan Rakyat ...

ANAKNILAI: Siapa Azmin ??? Timbalan Presiden Pakatan Rakyat ...: Isu kalimah Allah: Kenyataan Azmin Ali bercanggah majlis syura Petaling Jaya:    Empat hari selepas Majlis Syura Ulama PA... anaknilai

Siapa Azmin ??? Timbalan Presiden Pakatan Rakyat ke ??? Masih Tak Puas Hati dengan Keputusan Majlis Syura PAS.


Isu kalimah Allah: Kenyataan Azmin Ali bercanggah majlis syura







Petaling Jaya:    Empat hari selepas Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan bukan Islam, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengeluarkan kenyataan sebaliknya yang didakwa mewakili keputusan semua pimpinan pakatan pembangkang.

Beliau berkata, kesepakatan berhubung isu itu diputuskan mesyuarat Majlis Presiden pakatan berkenaan yang diadakan 8 Januari lalu, sekali gus tidak timbul isu percanggahan kerana Majlis Syura PAS hanyalah satu organisasi dalam parti berkenaan, bukan menggambarkan keputusan pimpinan pakatan pembangkang. 

Pendirian konsisten 


Azmin berkata, pendirian PKR dan pakatan pembangkang berhubung isu kalimah Allah adalah tuntas, konsisten dan tidak berubah, justeru dianggap sudah selesai. 

Beliau juga mendakwa, pada mesyuarat 8 Januari itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan pendirian partinya bahawa kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam dengan syarat tertentu. 

“Sememangnya ia (pendirian PAS) tuntas dengan pendirian mereka pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.

Mesyuarat Majlis Syura PAS, Ahad lalu, memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. Sayap tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna dan salah guna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah. 
Ketetapan itu yang turut melarang kalimah Allah diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, diputuskan pada mesyuarat di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, Ahad lalu, dipengerusikan Mursyidul Amnya, Datuk Aziz Nik Mat. 

Azmin berkata, pakatan pembangkang terikat dengan dasar bersama dan andai ditakdirkan mereka berjaya ke Putrajaya, sudah tentu dasar yang dilaksanakan ialah yang sudah dipersetujui. 

Katanya, dasar berkaitan kalimah Allah jelas dan ditegaskan pucuk pimpinan PAS, sekali gus PKR akan berpegang pada pendirian yang dibuat secara kolektif dalam Majlis Presiden pakatan berkenaan.



anaknilai

MOONWALK: Berita Terkini !!! YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun ...

MOONWALK: Berita Terkini !!! YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun ...: Majoriti besar calon BN sudah diputuskan Kuala Lumpur: Sebahagian besar calon Barisan Nasional (BN) sudah diputuskan dan sedang dite... MWbmt

Berita Harian | Biarlah rahsia

Berita Harian | Biarlah rahsia BMT

Apa Dah Jadi....: SAYA MELAYU MELUAT UMNO TAK KESEORANGAN

Apa Dah Jadi....: SAYA MELAYU MELUAT UMNO TAK KESEORANGAN: Oleh Nasi Siru (Jawapan kepada komen Punching Bag dalam Di sebalik Bahasa Melayu Anak LKY posted 29 Ogos) 'PUNCHING Bag', anda tidak k... anaknilai

Apa Dah Jadi....: Orang Melayu belum selamat

Apa Dah Jadi....: Orang Melayu belum selamat: SHAH ALAM – Orang Melayu masih belum selamat bukan hanya kerana perlu berhadapan Pilihan Raya Umum (PRU) yang biasa, sebaliknya satu pemilih...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin