Advertisement

Showing posts with label SAINS. Show all posts
Showing posts with label SAINS. Show all posts

Monday, July 30, 2012

ANAKNILAI : STATEMENT INI PERNAH ADMIN CADANGKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN PADA TAHUN 2005.



MB: Negeri Sembilan tiada masalah jual air kepada Selangor


SEREMBAN - Negeri Sembilan tiada masalah menjual bekalan air kepada negeri lain termasuk Selangor apabila Empangan Sungai Triang dan Loji Rawatan Air Sungai Ngoi-Ngoi di sini yang sedang dibina, siap akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana apabila kedua-dua loji berkenaan siap, ia dijangka mampu meningkatkan pengeluaran air bersih dan menghasilkan lebihan untuk dijual.

"Kita akan beri pertolongan, kita akan buat apa sahaja supaya kepentingan rakyat ini sentiasa menjadi keutamaan. Berapa banyak kita jual setiap liter adalah perkara lain tetapi kita sentiasa bersedia," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini, Negeri Sembilan tidak mempunyai lebihan air untuk djual kerana di daerah Seremban sahaja, jumlah penggunaan air 70 juta gelen sehari sedangkan kapasiti semasa pengeluaran air bersih dari Loji Rawatan Air Sungai Terip di sini adalah sekitar 65 juta gelen sehari.

Namun, apabila empangan dan loji tersebut siap dan mula beroperasi, ia dijangka mampu menghasilkan sekitar 60 juta gelen air bersih sehari yang mampu menampung kekurangan di daerah ini dan mempunyai lebihan untuk dijual, katanya.

"Pada setiap hari, kita juga menghadapi masalah kekurangan air yang dirawat tetapi kita boleh menguruskan keadaan itu dengan baik. Apabila loji rawatan air dan empangan yang baharu siap dibina, kita berada pada kedudukan untuk berbuat
demikian (menjual air ke negeri lain), katanya.

Mohamad berkata pada masa ini Negeri Sembilan belum menerima sebarang permintaan membeli air dari negeri lain namun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah meminta kerajaan negeri memulakan rundingan dengan pihak yang mahu membelinya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri sedang menaik taraf dua buah loji rawatan air di Ulu Jempol dan Bahau dekat sini, bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan ke kawasan sekitar iaitu daerah Jempol dan Kuala Pilah.

Katanya, penaiktarafan kedua-dua loji lama tersebut yang menelan belanja RM80 juta dijangka siap akhir tahun ini.

"Loji Rawatan Air Ulu Jempol, kita akan naik taraf kapasitinya dari 12 juta gelen sehari kepada 25 juta gelen sehari dan Loji Rawatan Air Bahau, kita akan naik taraf dari lapan juta gelen kepada 12 juta gelen sehari," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin