Advertisement

Monday, July 9, 2012


SUNDAY, JULY 08, 2012

Mencari identiti bangsa Malaysia


 (Sinar Harian 9 Jul 2012) 
oleh Ridhuan Tee Abdullah

Ada orang bertanya, kenapa bukan Melayu di Malaysia lebih Cina daripada orang Cina di negeri China atau lebih India dari orang India di India? Sehinggakan orang Cina di China (India di India) yang berkahwin dengan orang Cina (India) Malaysia pun menggeleng kepala melihat gelagat mereka di sini, terlalu ultra kiasu. Saya katakan, tidak semua bukan Melayu  sebegitu. Produk Cina (India) aliran sekolah kebangsaan kurang kiasunya berbanding dengan produk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/T, SMJKC dan IPTS) yang kebanyakannya ultra kiasu dalam tindakan. Pokoknya, mereka perlu bercampur.

Malangnya, masih ramai yang tidak bercampur, tidak dapat menguasai dan menghayati agenda kebangsaan, misalnya bahasa kebangsaan, seperti generasi pertama. Sedangkan hari ini rata-rata terdiri daripada generasi kedua dan ketiga. Persoalannya, kenapa terlalu sukar untuk ‘mengasimilasikan’ diri (bercampur)? Wujudkah bangsa Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan?

Sebenarnya tidak! Ini kerana, setiap bangsa memperjuangkan agenda masing-masing dengan begitu ultra sama seperti generasi pertama. Semuanya berpunca daripada kesengajaan tidak mahu memahami sejarah dan mempergunakan kebebasan yang diberikan.

Terus terang, walau pun di negara ini mempunyai aliran agama, aliran ini jauh lebih terbuka berbanding dengan aliran jenis kebangsaan yang terlalu menekankan agenda bangsa berbanding agenda negara, sehingga kita tidak tahu apakah identiti mereka yang sebenar. Nak dikatakan sama seperti negara asal, tidak juga. Sebab orang Cina/India) di China/India tidaklah seultra Cina/India di sini. Orang Cina di China masih lagi terbuka, walaupun berada dalam pemerintahan komunis.

Lebih malang lagi apabila sikap ultra kiasu ini telah diadunkan dengan satu lagi pemikiran yang disebut sebagai Asian Settler Colonialism (ASC) yang diwarisi daripada generasi pertama. Pemikiran ASC mengambil kira apa yang berlaku di Hawai’i yang berkait rapat dengan penghijrah dan peneroka. Tidak semuapendatang adalah peneroka. Adakalanya peneroka datang untuk tinggaldanmengasas politik mereka menjadi bangsa yang berdaulat. Tidak berlaku penjajahan secara langsung. Tetapi mereka berstrategi mahukan kaum asal lenyap. Jika tidak lenyap, mereka akan menggunakan tenaga pekerja merekasebelum mereka dilenyapkan. Jika ada kekuatan mereka akan menguasai bangsa asal itu. Keadaan inilah sedang berlaku di Singapura dan Pulau Pinang.

Orang bukan Melayu begitu sukar untuk menerima institusi Islam atau bumiputera seperti sekolah agama, matrikulasi dan institusi MARA. Sedangkan secara umumnya boleh dikatakan orang Melayu, sama lulusan sekolah agama atau MARA, tidak ada masalah untuk menerima institusi-institusi perkauman bukan Melayu, seperti sekolah jenis kebangsaan dan pertubuhan perkauman yang lain. Kenapa boleh jadi begini? Di manakah identiti bangsa Malaysia sebenarnya?

Kenapa pemikiran ultra kiasu dan ASC terus membelenggu kehidupan rakyat hari ini? Kenapa perkara-perkara yang sudah jelas termaktub dalam perlembagaan tidak mahu disetujui? Sedangkan umat Islam cukup bertoleransi dengan kehendak orang lain?

Identiti apakah yang kita bawa? Mereka seolah-olah berada dalam kelompok sendiri. Tidak bercampur. Hidup dalam tempurung sendiri.  Hujah ini diperkukuhkan lagi apabila cerdik pandai bukan Melayu apabila menulis, membentang kertas kerja atau ceramah, bersastera, berdrama, sukar sekali untuk mendengar hujah mereka dikaitkan dengan sejarah Tanah Melayu. Mereka sanggup mengorek sejarah negara lain sebagai bukti,tetapi terlalu sukar merujuk sejarah Tanah Melayu.

Sering kedengaran, mereka menggunakan hujah-hujah logik akal semata-mata, terutama merujuk kepada hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rata-rata kedengaran mereka mahukan layanan sama rata dan sama rasa atau fair and square. Sebarang diskriminasi akan ditentang habis-habisan tanpa mahu berpaling melihat kepada sejarah negara. Apakah formula sama rata dan sama rasa ini tidak perlu bertunjangkan sejarah dan perlembagaan?

Sesiapa sahaja yang menggunakan hujah sejarah dan perlembagaan akan ditolak walaupun sebangsa, misalnya orang-orang seperti Khoo Kay Kim dan Teoh Kok Seong. Sudah tentu termasuk saya. Kami dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa.

Jenis apakah bukan Melayu yang sedang dilahirkan di Malaysia ini? Apa jua agenda nasional yang menggugat kononnya dikatakan hak bangsa, akan ditentang habis-habisan. Mereka akan berhimpun dan berdemonstrasi untuk menunjukkan kekuatan mereka. Kelompok ini juga sudah tidak diterima pun jika mahu berhijrah ke tempat asalnya.

Sedangkan permintaan dan desakan mereka telahpun dipenuhi, walaupun tidak sepenuhnya. Sudah tentulah menjadi kesukaran kepada kerajaan untuk memberi sepenuhnya. Pemikiran ASC dan ultra kiasu ini mesti diubah dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Jika tidak, negara ini tidak akan  ke mana-mana. Kita akan banyak membuang masa melayan kerenah itu dan kerenah ini terutama apabila menjelang pilihan raya.

Apabila ia diberikan, sudah tentu akan menjadi precedence. Apabila sudah menjadiprecedence. Pemikiran ini tidak berkurang, malahan terus bertambah dan bercambah. Apa yang membimbangkan jika sikap ultra kiasu dan ASC ini terus bersarang dalam pemikiran dan diterjemahkan dalam bentuk realiti, sudah tentu orang Melayu selaku penduduk tidak akan berdiam. Pasti akan berlakunya pertembungan yang tidak dapat dielakkan.

Dalam menyelesaikan masalah ini seperti yang dikatakan oleh Yuri Kochiyama (2008), aktivis hak asasi manusia,  “When Native Hawaiian activists lash out against Asian settler colonialism, we must remember what Malcolm X said: ‘The conditions that our people suffer are extreme, and an extreme illness cannot be cured with moderate medicine”.

Mungkin ada selepas ini ada yang akan membanding tidakkah produk-produk Sekolah Agama atau institusi bumiputera seperti Matrikulasi, MARA dan UiTM juga mempunyai pemikiran sebegini? Apakah dalam pemikiran mereka tidak ada ASC dan ultra kiasu? Jawapannya, ada.Tetapi sifat umat Islam ini dibendung oleh kesejagatan agama Islam yang meraikan orang lain.

SUMBER : Blog Prof. Madya Dr. Hj. Ridhuan Tee Abdullah 

Facebook
Baha Taha likes

ONE STOP CENTER / PENTAS MAYA - MENDAHULUKAN RAKYAT, MENGUTAMAKAN PENCAPAIAN. KATA DIKOTA, JANJI MESTI DITUNAIKAN DEMI RAKYAT, BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin