WELCOME TO MY NEW BLOG...................
http;//anaknilai.blogspot.com
http://m.tmi.me/tzCJQ
Tuesday, July 17, 2012
Khalid Billionaire??
Khalid - Apa Jadi Pada Audit 2009 - 2010 ?
Tuesday, 17 July 2012 03:37
Keputusan kerajaan negeri untuk melantik sebuah firma audit dan akauantan bagi mengkaji proses perlaksanaan kutipan hutang Talam Corporations menimbulkan persoalan.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Soohaimi Shahadan berkata mengapa selepas isu berkenanan didedahkan kepada umum, secara tiba-tiba kerajaan negeri ingin melantik firma audit dan akauntan sedangkan perkara itu sepatutnya dilakukan dari peringkat awal bukannya selepas diketahui umum.
“Mengapa sekarang baru nak panggil juru audit dan akauantan, mengapa tidak dibuat ketika urusan itu dilaksanakan, ‘dah tergantuk baru nak tergadah’, apakah itu semua sekadar hendak mengaburi mata rakyat mengenai perkara itu."
“Dulu cerita nak bentang kertas putih mengenai isu ini, tetapi sehingga kini tiada pun kertas putih yang dibentangkan, kini nak lantik firma audit dan akuantan pula, apakah yang sebenarnya berlaku, jika perkara ini tidak didedahkan sudah pasti semuanya itu akan berlalu begitu sahaja,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang mengesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berterus terang dan bukannya berdolak dalik dengan pelbagai alasan termasuk untuk firma audit dan akuantan.
“Mengapa sukar sangat Menteri Besar untuk menjelaskan perkara ini, apakah ada cerita tersembunyi sehingga kini mereka tidak mampu memberi jawapan yang jelas, sebaliknya berdolak-dalik dengan pelbagai cerita."
“Kalau dulu mereka kata mereka akan mentadbir secara telus dan tidak akan melindungi apa-apa jua perkara yang berlaku, tetapi mengapa kini banyak sangat alasan yang diberi, ia bukan sahaja membabitkan isu Talam sahaja, malah isu lain seperti masalah pasir juga sehingga kini tiada suatu jawapan konkrit yang diambil terhadap perkara itu,” katanya.
Beliau menggesa kerajaan negeri supaya berani tampil memperjelaskan isu berkenaan dan bukannya membiarkan ia berlanjutan dengan pelbagai jawapan yang berbelit-belit, rakyat Selangor hanya ingin jawapan yang benar mengenainya. -MediaUMNO
Nota KGC: Apakah muslihat dan tipudaya yang cuba dimainkan regimn Khalid Gagap ni ??? Khalid pernah kata tunggu sampai bulan 8. Kenapa nak tunggu ??? Sekarang nak lantik audit pula. Bukankah audit dah keluar untuk tahun 2009 - 2010 dan apakah Khalid Gagap lupa bahawa dia sendiri yang turunkan tandatangan pada keputusan audit berkenaan (2009 - 2010) ???
Sepertimana isu pasir yang banyak berdolak dalih sehingga kes 1 billion "round-tripping" hutang talam, macam biasa "trademark" Khalid Gagap bukan lagi gagap tetapi BISU !!! Rakyat tak sabar nak tggu penjelasan dari MB mereka sendiri atau nak tggu kena penendang dari rakyat Selangor ke Khalid ???
BAHAYA APABILA WUJUD VACUUM - PROF. DR. RIDHUAN TEE ABDULLAH
SUNDAY, JULY 15, 2012
Bahaya apabila wujud vacuum
(Sinar Harian 16 Julai 2012)
Kejadian amuk di hadapan pejabat Perdana Menteri perlu diberikan perhatian serius. Adalah sesuatu yang malang, jika ia ada kaitannya dengan ajaran sesat atau ekstremis agama. Tercalar lagi imej Islam.
Belumpun reda insiden tersebut, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional, yang masih belum digubal. Turut dikuatkuasakan serta-merta adalah pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang berkaitan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Sepatutnya, sebelum sesuatu akta itu dimansuhkan, perlu ada akta baharu yang telah digubal untuk menggantikannya, supaya tidak wujud ruang kekosongan atau vacuum. Jika akta yang menggantikannya masih belum digubal, akta yang sedia ada sepatutnya tidak dimansuhkan terlebih dahulu. Akta ini masih boleh dikuatkuasakan sehinggalah menunggu akta baharu menggantikannya, termasuklah mendapatkan input rakyat. Perkara ini penting untuk mengelakkan vacuum.
Inilah yang berlaku ketika Jepun menyerahkan kalah, meninggalkan Tanah Melayu, secara tiba-tiba, akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada 1945, dalam Perang Dunia Kedua. Vacuum selama 14 hari telah menyebabkan komunis bermahajarajalela. Ramai orang awam yang tidak berdosa, terutama orang Melayu yang telah menjadi korban. Komunis membalas dendam terhadap orang Melayu kerana berbaik dengan Jepun. Peristiwa ini sebenarnya lebih dahsyat daripada peristiwa 13 Mei 1969. Namun, ia tidak diwar-warkan, atas dasar untuk menjaga hati kaum tertentu. Nasib baiklah British sampai selepas 14 hari tempoh vacuumtersebut. Jika tidak, negara ini sudah menjadi negara komunis.
Sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, sementara menunggu akta baharu, vacuum telah wujud. Kumpulan pelampau dan mereka yang mengambil kesempatan semakin subur, sama ada kalangan orang Islam atau bukan Islam. Keadaan ini sudah tentu membahayakan keselamatan negara.
Saya tidaklah menyokong ISA dan akta-kata yang disebutkan sepenuhnya. Perlu kepada penambaikan supaya tidak berlaku penganiayaan. Prinsip asas deklarasi hak asasi manusia sejagat perlu dipatuhi. Sesiapa saja yang ditahan atau dituduh bersalah, mestilah dibuktikan. Bersesuaian dengan kata-kata, seseorang yang dituduhkan itu tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah.
Namun, menghapuskan undang-undang sedia ada sehingga mewujudkan vacuum, agak kurang wajar. Masa depan negara perlu difikirkan sama. Kumpulan-kumpulan yang mengambil kesempatan sedang bermaharajalela. Hari ini, kita lihat, di alam siber dan ceramah-ceramah, dengan mudah sahaja perkara-perkara sensitif dibangkitkan. Misalnya, menghina kedudukan Islam, raja-raja Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu dan lain-lain yang tergolong dalam akta hasutan. Lebih-lebih lagi, kemunculan kumpulan-kumpulan tertentu yang mahu mengguling kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam yang dikatakan sebagai thaughut. Thaughut disamakan dengan kafir. Maka berlakulah kafir-mengkafir. Siapakah kita untuk mengkafirkan mereka yang masih berpegang kepada syahadah? Apakah kita yang suka mengkafirkan orang ini sudah tentu masuk syurga?
Islam menolak kegiatan pelampau dan ekstremis. Imam Ahmad meriwayatkan, “jauhilah melampau dalam agama. Sesungguhnya rosaknya orang-orang sebelum kamu kerana melampau dalam agama”.
Abu Hurairah pula meriwayatkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya agama ini mudah. Tiada seseorang yang mempersulitkannya melainkan dikalahkannya, maka laksanakanlah dengan benar...” (Riwayat Bukhari dan Nasaai). Kita sepatutnya menggunakan ruang dan peluang untuk berdakwah dan menyampaikan Islam kepada golongan sasaran. Kerana itulah perintah yang sebenar. Saya yakin, umat Islam akan menjadi kuat.
Perintah berdakwah secara bijaksana dan berhikmah dengan jelas disebut dalam al-Quran yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk”.(Surah an-Nahl 125)
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berpendapat, antara punca kerosakan umat Islam adalah mereka terperangkap dengan pendapat orang perseorangan, dan tidak berganjak mengambil ilmu atau kebenaran mazhab yang lain. Pendapat ulamak diketepikan, kerana fanatik kepada pemimpin sendiri. Ulamak diperlekehkan kerana tidak memberikan pendapat yang benar dan takut kepada pemerintah thaughut.
Golongan ini lebih terpengaruh kepada mereka yang mendapat pendidikan dari barat, yang dikatakan lebih memahami al-Quran dan Hadis. Syaikh Bakr bin Abdillah Abu Zaid menjelaskan inilah bahayanya apabila kita terlalu taksub kepada sesuatu parti atau golongan. Mereka mengikat wala dan bara atau menyenangi dan membenci orang, kerana parti atau golongan. Akhirnya, orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Biasanya, sesebuah pertubuhan ditubuhkan dengan tujuan murni untuk mentauhidkan Allah SWT. Namun, ia mula berubah dari matlamat asal, hanya kerana ingin menyaingi pertubuhan yang lain. Dakwah yang dilakukan tidak lagi berasaskan tauhid, tetapi dibangunkan atas dasar pola berfikir dan perancangan kumpulannya.
Ketahuilah umatku, perpecahan umat hari ini merupakan ujian bagi orang yang beriman. Sepatutnya kita memilih jalan yang benar dan meninggalkan kelompok yang tersasar. Fikirkanlah masa depan Islam dan umat Islam segala keseluruhan.
Kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah apabila berlaku kekeliruan atau perselisihan, bukan saling tuduh-menuduh atau kafir-mengkafir. Sabda Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya” (Hadis Riwayat Imam Malik). Saya tidak nampak perpecahan itu suatu rahmat dalam keadaan kita begitu lemah pada hari ini. Maka fikirkanlahvacuum yang telah dibincangkan.
Labels:
ANAKNILAI,
JPM,
MASJID PUTRA,
PUTRAJAYA,
RIDHUAN TEE ABDULLAH,
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Malaysia
Wak Long@Man: Matawang Malaysia Siri Baharu Perkenal Keunikan Ma...
Wak Long@Man: Matawang Malaysia Siri Baharu Perkenal Keunikan Ma...: VIDEO: MATA WANG MALAYSIA Duit sape dalam dunia yang tak nak duitkan. Bodoh la kalau korang tak nak duit. Malaysia sekarang dah ke...
Subscribe to:
Posts (Atom)