Advertisement

Monday, October 1, 2012

Jurnal Malaysia - Kemasukan Super WiFi 2013

Jurnal Malaysia - Kemasukan Super WiFi 2013

Pengerang bakal Jadi Hub Petroliam dan Gas terbesar di Asia Pasifik.


Pengerang Bakal Jadi Hab Minyak dan Gas Terhebat Dengan Pelaburan RM60 billion.

peta kpg terbabit dgn rapidPengerang, terletak kira-kira 45 kilometer dari bandar Johor Bahru yang mana sebahagian besar kawasannya, iaitu 70 peratus adalah tanah rancangan FELDA sementara 30 peratus adalah kampung tradisional.
Disebabkan lokasinya yang terletak di kawasan pedalaman, Pengerang pernah dilabel sebagai “tempat jin bertendang”. Apa tidaknya, kerana sepanjang perjalanan hanya kelihatan tanaman kelapa sawit, kelapa dan getah.
Aktiviti utama penduduk Pengerang ialah pertanian dan perikanan dan tarikan utama pelancong ialah pusat peranginan Desaru. Bagaimanapun pada waktu malam tidak ada banyak aktiviti berlaku dan ianya agak sunyi.
Bagaimanapun, Pengerang bakal bertukar wajah mulai 2013 apabila Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di kawasan seluas 8,000 hektar, dimulakan.
hab minyak
Kompleks itu akan menempatkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dimajukan oleh Petronas dan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas oleh Kumpulan Dialog dan Royal Vopak dan Setiausaha Kerajaan Johor Diperbadankan (SSI).
Apabila kedua-dua projek itu siapdan memulakan operasi masing-masing pada 2017, Pengerang akan berubah wajah sebagai hab minyak dan gas terkemuka di Asia Pasifik dan barangkali, setanding dengan Rotterdam, Belanda.
MHR 3157
Tetapi apa yang lebih penting, perlaksanaan projek-projek terbabit sudah pasti memberi kesan besar dan positif kepada lonjakan ekonomi di negeri Johor khasnya dan Malaysia, khasnya.
Untuk RAPID, Petronas dilaporkan akan melabur sebanyak RM60 billion untuk membina dua buah pusat penapis minyak yang dapat menghasilkan 450,000 tong sehari dan perekah nafta sebanyak 3.8 juta tan setahun.
kerja2 PIPC
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Mei lalu mengumumkan industri minyak dan gas di Pengerang bakal menerima pelaburan keseluruhan RM120 billon dalam tempoh llima hingga enam tahun.
Manakala PEMANDU menganggarkan RAPID bakal menyumbang RM17.7 billlion kepada Pendapatan Kasar Dalam Negara (KDK) menjelang 2020.
Jurong di Singapura dan Rotterdam, tidak mempunyai sumber gas atau minyak, tetapi boleh berjaya menempatkan diri mereka sebagai negara pengeluar gas dan minyak terbesar dunia, jadi tidak ada sebab mengapa Pengerang, yang memang kaya dengan sumber berkenaan tidak boleh mencapai taraf yang sama. Apatah lagi kedudukan geografi yang strategik dan terlindung daripada angin monsoon, ia menjadi pilihan laluan kapal dagang antarabangsa.
Malah RAPID apabila siap akan lebih besar daripada kompleks sedia ada di Malaysia, iaitu Kerteh, Gebeng dan Melaka disatukan.
Perlaksanaan RAPID dan Terminal Petroleum Laut Dalam itu akan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan. Sehubungan itu, cadangan usahasama FELDA, Kementerian Belia dan Sukan serta Petronas untuk menaiktaraf Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) di Bandar Penawar dengan memperkenalkan kursus-kursus berkaitan minyak dan gas, boleh memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menghadapi masalah mendapat sumber tenaga kerja dalam bidang berkenaan.
Meskipun kedua-dua projek masih dalam peringkat perlaksanaan awal, metamorfosis sudahpun bermula di Pengerang.
Dengan siapnya Lebuhraya Senai-Desaru yang melintasi Sungai Johor, ia memudahkan laluan ke kawasan itu. Kini, perjalanan dari Desaru ke Johor cuma mengambil masa setengah jam, sekaligus membantu meningkatkan industri pelancongan di sekitar Desaru dan Pengerang.
Penduduk yang terbabit dengan kedua-dua projek mega itu akan dipindahkan mengikut fasa bermula Mac tahun hadapan. Penduduk tidak akan berpindah dengan tangan koson, sebaliknya diberikan pampasan tunai berdasarkan nilai tanah, rumah, tanaman dan kebun sedia ada masing-masing.
Selain itu setiap pemilik tanah masing-masing diberikan 0.8 hektar tanah pertanian, sebuah tapak tanah perumahan seluas 6,000 kaki persegi dan subsidi untuk kos membeli atau membina rumah baharu di tapak berkenaan.
Malah untuk memastikan penduduk memiliki rumah baharu, Kerajaan Negeri akan memberi subsidi antara RM85,000 hingga RM140,000 seunit di penempatan baru seluas 154.8 hektar di Kampung Dato Abdul Ghani Othman yang terletak cuma 15 kilometer dari kampung asal mereka.
rajah pemberian pampasan
Pemindahan penduduk daripada tiga kampung dalam fasa pertama akan bermula Mac tahun hadapan sementara untuk fasa kedua, penduduk empat buah kampung akan berpindah pada Oktober 2013.
Bagi fasa pertama, kampung yang terbabit ialah Sungai Kapal, Teluk Empang dan Langkah Baik, sementara fasa kedua membabitkan Sebong, Batu Mas, Jawa dan Sungai Buntu.
tapak perumahan baru-kg
Kedua-dua projek RAPID dan Terminal apabila siap kelak akan mewujudkan rangkaian ekonomi yang besar kepada penduduk. Sejajar dengan pembangunan rapid, Kerajaan Negeri akan menaiktaraf kemudahan awam termasuk jalan raya, sistem pengangkutan awam, bangunan, sekolah, masjid, tempat ibadat dan lain-lain.
Mengikut persempadanan parlimen, dua Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak di bawah parlimen Pengerang, iaitu Tanjung Surat dan Penawar. Parlimen Pengerang mempunyai 35,425 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu majoriti adalah melayu, iaitu 87% (31,055), Cina 11% (3,820), India 1% (330) dan lain-lain 1% (220).


SUMBER : JURNALMALAYSIA.COM
admin anaknilai

putra merdeka: Cina Komunis DAPig Tak Mahu Melayu Menguasai Pengerang..!

putra merdeka: Cina Komunis DAPig Tak Mahu Melayu Menguasai Pengerang..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin