Laporan polis terhadap Ngeh yang menghina umat Islam
Gerakan Belia 4B Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam melalui akaun Twitter semalam. Exconya, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata, laporan itu dibuat kerana Koo Ham dalam akaunnya itu mempersoalkan penentangan orang Islam terhadap filem Innocence of Muslims dan seolah-olah menyifatkan perbuatan berkenaan membuang masa dan tenaga.
Muhamad Iqbal mendakwa, perkataan yang digunakan pemimpin itu seperti menggambarkan sokongan terhadap filem tersebut selain memperlekeh perjuangan umat Islam seluruh dunia yang mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW. "Ketika maruah Rasulullah dihina dan dipermainkan filem berkenaan, sepatutnya setiap pemimpin dan rakyat perlu kehadapan untuk mempertahankannya dan kesucian agama Islam.