Advertisement

Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Bila Dr. Mahathir berbicara : Sedarlah Orang Melayu !!



p/s   Pengajarannya : Orang Melayu mesti bersatu memberi undi kepada Calon BN dan UMNO. Tiada wadah atau jalan lain. Jangan bagi kuasa kepada golongan yang menggadaikan Agama serta Rasist/ Komunis ataupun yang Zionist. Tak payah di sebutkan lagi....Semua dah faham............

Tuesday, July 24, 2012

MOU diantara UMNO dan CPC


Monday, July 23, 2012

EKSKLUSIF ! 


S/U Agong UMNO dedahkan UMNO tandatangani MOU dengan Parti Komunis China-CPC  (Video Inside)


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

Nampaknya kenyataan Zahid Hamidi itu telah menyerlahkan kebenaran dari apa yang Tun Mahathir kata “ Hanya orang-orang bodoh bersama UMNO kini..”

Mungkin Zahid yakin bahawa semua rakyat Malaysia adalah sebodoh pencacai-pencacai UMNO yang dengan mudah boleh diperbodohkannya..

Atau mungkin juga Zahid Hamidi sendiri yang bodoh hinggakan sebagai juga Menteri Pertahanan Malaysia beliau gagal menyedari bahawa UMNO sendiri telah menandatangani Mou dengan Parti Komunis China (CPC).


Menurut Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, memorandum Persefahaman antara UMNO dan Parti Komunis China (CPC) sepatutnya ditandatangani lebih awal lagi tetapi bencana alam yang melanda China telah melewatkannya.

Tujuan Memorandum ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan diantara kedua-dua buah parti iaitu CPC dan UMNO.

Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor beliau difahamkan bukan semua parti dalam dunia ini ada menandatangani memorandum seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dan CPC.

Ini kerana Communist Party China memilih parti-parti yang mereka hendak adakan memorandum persefahaman.

SAKSIKAN!!

UMNO ONLINE


Monday, July 16, 2012

Zahid Hamidi - Ahli UMNO Jangan Terlalu Selesa.


Jangan amal sikap selesa jika tidak mahu sejarah 2008 berulang - Zahid Hamidi

KUALA KANGSAR: Semua anggota UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak boleh mengamalkan sikap selesa jika tidak mahu sejarah pilihan raya umum 2008 berulang terutama di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya seluruh anggota perlu memperkukuhkan jentera dan sokongan terhadap parti masing-masing bagi meraih hati pengundi serta bekerjasama erat antara parti komponen BN.
Beliau berkata, seluruh anggota dan pemimpin Umno dan BN perlu lebih bekerja keras berbanding sebelum ini bagi meraih sokongan semua golongan pengundi. 

Sementara itu di SUNGAI SIPUT, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, jika anggota UMNO dan BN tidak mahu berada di bawah pentadbiran pembangkang, seluruh parti perlu memastikan pemimpin dan jentera bekerja kuat untuk meraih sokongan rakyat. 

"Pembangkang cuba membawa 'acuan' politik negara lain ke dalam negara ini dan jika negara mengalami kesusahan, rakyat tidak boleh mengharapkan negara lain membantu," katanya ketika menutup mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sungai Siput di sini. - BERNAMA 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin