Advertisement

Sunday, September 2, 2012

MPP Online: LAST WARNING yang terakhir untuk pemijak gambar Na...

MPP Online: LAST WARNING yang terakhir untuk pemijak gambar Na...: Errrr..., gua ingat Kementerian dalam negeri dah tak wujud dalam pentadbiran Najib.., hari ni bila gua baca paper, baru gua tahu rupanya a...

JANGAN DERHAKA KEPADA INSTITUSI RAJA RAJA MELAYU.


DAULAT TUANKU














SUNDAY, SEPTEMBER 2, 2012

(TERKINI)  - Rancangan Pembangkang Menggulingkan Raja Melayu


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syd Ali Alhabshee mendakwa, pembangkang cuba merealisasikan impian untuk menubuhkan pemerintahan bercorak republik di negara ini jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Untuk itu tegas beliau, langkah pertama meerka ialah mengetepikan peranan institusi kesultanan raja-raja Melayu dan menukarkan Jalur Gemilang.

Katanya, ini terbukti apabila Sultan Selangor tidak dijemput menghadiri sambutan 55 tahun kemerdekaan negara peringkat negeri di Shah Alam baru-baru ini, sebaliknya memberi ruang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk berucap.

"Manakala sikap biadap ialah mereka (pembangkang) mengibarkan bendera 'merah putih' menggantikan Jalur Gemilang pada perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos, baru-baru ini." tegasnya.

Sambil menyifatkan kedua-dua perbuatan itu sebagai amat terkutuk, Syed Ali berkata rakyat harus berwaspada dengan ancaman tersebut.

Menurut beliau, pakatan pembangkang yang didalangi oleh DAP semakin biadap apabila peranan dan kewibawaan Sultan Selangor diperlekehkan secara terbuka.

"Adalah amat menyedihkan apabila seorang Sultan Selangor yang merupaan payung negeri dipingirkan daripada menghadiri majlis yang \amat bermakana kepada kemerdekaan tanah air," ujarnya.

Dalam hal ini, beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar, Tan Sri Khald Ibrahim mengikut telunjuk pihak tertentu terutama DAP dan Anwar untuk 'memalukan' Sultan Selangor.

"Khalid adalah petung bernyawa kepada pakatan pembangkang di Selangor, nama sahaja Menteri Besar tetapi hidung beliu boleh ditarik sesuka hati oleh DAP dan Anwar," katanya.












Darjat Anwar lebih tinggi daripada Sultan Selangor ?

Beliau mempersoalkan apakah Anwar lebih 'darjatnya' sehingga diberikan peluang untuk berucap manakala Sultan Selangor pula disisihkan.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat negeri Selangor supaya sedar dan bangkit menukarkan kerajaan pembangkang yang jelas telah mengkhinati maruah dan aspirasi perjuangan orang Melayu.

"Saya berharap rakyat Selangor sedar bahawa maruah dan kewibawaan sultan mereka telah dipijak-pijak oleh pembangkahg terutama DAP dan Anwar," tegasnya.

Dalam pada itu, Syed Ali menyelar perbuatan pihak tertentu yang sengaja mengibarkan bendera 'merah putih' sebagai provokasi kearah pembentukan negara republik dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus tegas untuk mengambil tindakan supaya perkara tersebut tidak berulang.

Katanya lagi, rakyat amat 'kecewa' dengan sikap KDN yang didakwa kadangkala tidak sensitif terhadap beberapa isu yang menyentuh kepentingan negara termasuk berkaitan agama Islam dan kedudukan institusi raja-raja Melayu.

Beliau bimbang akibat sikap kecewa rakyat terhadap KDN akan menyebabkan mereka mengalih perhatian kepada pembangkang dan gejala ini amat membimbangkan jika berlarutan sehingga PRU ke-13.

"Perbuatan terkutuk itu boleh ditakrifkan sebagai menghasut rakyat supaya menolak kerajaan sedia ada dengan cara yang bertentangan dengan amalan demokrasi," tegasnya.

Katanya, perbuatan itu merupakan usaha halus pihak pembangkang untuk memesongkan pemikiran rakyat bagi menjayakan impian mereka kearah menubuhkan kerajaan republik di negara ini.

Tambah beliau lagi, cita-cita pembangkang ialah untuk menghapuskan kedudukan raja-raja Melayu di sembilan buah negeri termasuk DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali turut menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati memijak-mijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, perbuatan tersebut bukan budaya hidup rakyat Malaysia dan sewajarnya dibanteras bagi mengelak dimanipulasi oleh media Barat.

"Bukan soal peribadi Najib, tetapi perbuatan memijak potret seorang pemimpin negara adalah perbuatan tidak bertamadun dan hanya dilakukan oleh mereka yang sakit mental," tegasnya.

Dalam hubungan ini katanya, jika pembangkang diberikan peluang memerintah negara ini dikhuatiri gambar raja dan sultan Melayu juga akan dipijak-pijak oleh mereka.

"Sekarang rakyat boleh menilai sejauhmana pekerti mereka sebagai seorang manusia," tegasnya.
SUMBER BERITA : BLOG PAHANG KU (T.Kasih)

SILA LIHAT - BERITA RUJUKAN


Monday, November 29, 2010

Sultan Selangor kecewa ada Melayu pertikai kedudukan Raja, bangsa sendiri

sultan selangor
SHAH ALAM:  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris  Shah hari ini bertitah baginda sedih dan dukacita kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.   
Baginda bertitah golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.   
"Matlamat mereka agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan, dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, adalah amat tidak bertepatan," titah baginda pada majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan – Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.   
Sultan Sharafuddin bertitah terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’.   
Titahnya, baginda percaya perbuatan itu dilakukan golongan berkenaan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik mereka.   
Sultan Sharafuddin bertitah adakah orang Melayu kini tidak berbangga dan megah dengan bangsa sendiri sehingga ada yang sanggup menggadaikan perkataan ‘Melayu’ untuk dikuburkan serta lenyap daripada mata dunia.   
Baginda bertitah kisah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris juga tertera perkataan ‘Tanah Melayu’ dan ‘Raja-Raja Melayu’ dan ini menunjukkan penulis Barat berkenaan mengiktiraf bangsa Melayu yang memulakan sejarah di negara ini.   
"Beta berasa sedih dengan generasi sekarang yang malu untuk mengaku diri mereka seorang Melayu.    
"Di sini beta ingin menyatakan bahawa bukanlah tujuan beta untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan kepada kita semua bahawa kita mesti berbangga dengan negeri Selangor yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu kaum Cina, India dan Melayu, serta kaum-kaum yang lain," titah baginda.   
Titahnya, keamanan di Selangor boleh dibanggakan kepada dunia luar kerana negeri itu mempunyai tamadun yang maju dengan kepesatan ekonomi terbina atas keharmonian ketiga-tiga kaum.
SUMBER - Bernama

LIPUTAN - BLOG ANAKNILAI

Minda Hijrah: @NajibRazak : Sikap pembangkang belakangkan Sultan...

Minda Hijrah: @NajibRazak : Sikap pembangkang belakangkan Sultan...: Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdek...

Minda Hijrah: Senarai penerima hadiah cabutan bertuah himpunan #...

Minda Hijrah: Senarai penerima hadiah cabutan bertuah himpunan #...: Berikut nama pemenang hadiah cabutan bertuah pada Himpunan Merdeka 55 Tahun : Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, semala...

Anak Sungai Derhaka: Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Sa...

Anak Sungai Derhaka: Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Sa...: Ini adalah penjelasan dari dua individu yeng telah mengibarkan bendera 'Sang Saka' di dalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kata Dikota, Janji Ditepati: MALAM PALING MALANG BAGI PR - MUKTAMAD !! SAHIH !...

Kata Dikota, Janji Ditepati: MALAM PALING MALANG BAGI PR - MUKTAMAD !! SAHIH !...: Rentetan daripada Perhimpunan Haram JanjiBersih oleh NGO dan puak Pakatan Haram ..............pada Malam Merdeka ke 55 Tahun 2012 di persek...

Kata Dikota, Janji Ditepati: ANAKNILAI: Story of Merdeka from YTM Tunku Abdul R...

Kata Dikota, Janji Ditepati: ANAKNILAI: Story of Merdeka from YTM Tunku Abdul R...: ANAKNILAI: Story of Merdeka from YTM Tunku Abdul Rahman 1technocrate

Kata Dikota, Janji Ditepati: ANAKNILAI: Merdeka 1957 (Color)

Kata Dikota, Janji Ditepati: ANAKNILAI: Merdeka 1957 (Color): ANAKNILAI: Merdeka 1957 (Color)

Kata Dikota, Janji Ditepati: Video PALING BIADAB ... Apabila Kepala PERDANA MEN...

Kata Dikota, Janji Ditepati: Video PALING BIADAB ... Apabila Kepala PERDANA MEN...: Video PALING BIADAB ... Apabila Kepala PERDANA MENTERI MELAYU Dipijak CINA CHAUVINIST

Kata Dikota, Janji Ditepati: PANEH MIANG©: Ini semua sebab Menteri KDN Pengecut...

Kata Dikota, Janji Ditepati: PANEH MIANG©: Ini semua sebab Menteri KDN Pengecut...: PANEH MIANG©: Ini semua sebab Menteri KDN Pengecut & Peguam Nega... : 1. Undang-undang berkaitan Bendera Kebangsaan yang dimiliki Malaysia h... MWbmt
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin