Thursday, November 29, 2012
Wednesday, November 28, 2012
Tuesday, November 27, 2012
MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG (WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2012
Ucapan Perasmian oleh Timbalan Presiden UMNO YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin.
'
Bersama Melakar Kemenangan
'Melakari Kejayaan Bangsa, Agama dan Negara'
Ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin secara pokoknya mengajak Sayap sayap UMNO - Wanita UMNO sebagai Srikandi, Pemuda UMNO sebagai Pejuang UMNO dan Puteri UMNO sebagai Permata UMNO merapatkan barisan dan bersatu di dalam perjuangan bagi menghadapi Pilihanraya umum yang ke 13.
Bersama sama menolak fitnah, tohmahan dan dakyah songsang serta sesat pihak Pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS dimana secara kesimpulannya bahawa di kalangan mereka sendiri (Pembangkang) tidak ada persefahaman dimana disifatkan bahawa PAS hanyalah sebuah Parti Politik yang ;Melukut di tepi gantang'.
PKR tidak mempercayai DAP dan begitulah sebaliknya, tambahan pula kedua dua PKR dan DAP langsung tidak mempercayai PAS. Contohnya di Pulau Pinang dan Selangor, Pembangkang meletakkan wakil PKR bagi menjadi EXCO Agama sedangkan kita tahu bahawa PAS menguar uarkan Pegangan Islam mereka sebagai teras untuk menegakkan sebuah negara Islam. Tetap pada hakikatnya, PAS tidak pernah bertanding lebih daripada separuh pun kerusi di parlimen sejak 12 Pilihanraya Umum yang lalu. Malah prestasi PAS yang terbaik memenangi 29 kerusi di parlimen sewaktu berada di bawah Barisan Nasional. Daripada menegakkan matlamat untuk Negara islam, PAS sekarang menukar halatuju ke 'Negara Berkebajikan' yang sebenarnya tidak pernah akan mampu dicapai menggapai cita cita ke Putrajaya.
Manakala PKR berjuang bagi sebuah sistem sosialis liberal yang memperjuangkan kebebasan sosial seperti kebebasan beragama yang mengamalkan Fahaman LGBT yang dianjurkan sebagai sebagai gaya hidup bebas di dalam halatuju mereka. Sedangkan PKR lebih merupakan sebuah parti keluarga yang songsang yang bermatlamat terutamanya bagi menghalakan cara tanpa menghormati nilai nilai agama dan sahsiah.
Sedangkan DAP dengan Lim Guan Eng, Lim kit Siang dan Karrpal Singh yang tidak pernah ikhlas dan sentiasa berkonspirasi di dalam dasar dasar parti mereka dengan tidak pernah percaya akan perkongsian kuasa sebagaimana yang di amalkan oleh UMNO, MCA dan MIC serta lain lain parti komponen di dalam Barisan Nasional sejak 12 kali Pilihanraya Umum yang lalu.
Malah UMNO sebagai Parti tunjang di dalam Barisan Nasional yang dinaungi oleh orang orang Melayu tidak pernah menindas Bangsa atau Suku Kaum yang lain sejak 55 tahun Kemerdekaan yang lalu. UMNO sentiasa menghormati 'Kontrak Sosial' yang dijalin oleh Pemimpin UMNO terdahulu dengan mendahului Rakyat Marhaen bagi Pembangunan fizikal dan sosial disamping memelihara perpaduan diantara kaum kaum utama tanpa prejudis terhadap penyertaan di dalam pembangunan negara.
YAB TanSri Muhyiddin juga menyeru ahli ahli UMNO mengepalai di peringkat Negeri, Bahagian dan cawangan untuk membawa suatu pembaharuan iktikad perjuangan bagi memenangi Pilihanraya Umum yang ke 13 di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Razak dengan kemenangan yang lebih besar dan bermakna dengan membela rakyat jelata yang mahukan perjuangan bagi mencapai pegangan 30% ekuiti di dalam kek kekayaan ekonomi negara. Beliau juga melafazkan doa bagi memanjatkan restu dan keberkatan Allah SWT di dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.
'AYUH SRIKANDI, PENDEKAR DAN PERMATA UMNO BERJUANG DENGAN SEPENUH USAHA DAN TENAGA DI DALAM MENCAPAI KEMENANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA'
HIDUP UMNO, ALLAHUAKBAR.
Admin
Anaknilai

Labels:
PAU2012,
PEMUDA UMNO,
Puteri UMNO. PRU13,
UMNO,
Wanita UMNO,
YAB TanSri Muhyiddin
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
PWTC, Chow Kit, 52100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)