Advertisement

Monday, July 30, 2012

ANAKNILAI : STATEMENT INI PERNAH ADMIN CADANGKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN PADA TAHUN 2005.



MB: Negeri Sembilan tiada masalah jual air kepada Selangor


SEREMBAN - Negeri Sembilan tiada masalah menjual bekalan air kepada negeri lain termasuk Selangor apabila Empangan Sungai Triang dan Loji Rawatan Air Sungai Ngoi-Ngoi di sini yang sedang dibina, siap akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana apabila kedua-dua loji berkenaan siap, ia dijangka mampu meningkatkan pengeluaran air bersih dan menghasilkan lebihan untuk dijual.

"Kita akan beri pertolongan, kita akan buat apa sahaja supaya kepentingan rakyat ini sentiasa menjadi keutamaan. Berapa banyak kita jual setiap liter adalah perkara lain tetapi kita sentiasa bersedia," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini, Negeri Sembilan tidak mempunyai lebihan air untuk djual kerana di daerah Seremban sahaja, jumlah penggunaan air 70 juta gelen sehari sedangkan kapasiti semasa pengeluaran air bersih dari Loji Rawatan Air Sungai Terip di sini adalah sekitar 65 juta gelen sehari.

Namun, apabila empangan dan loji tersebut siap dan mula beroperasi, ia dijangka mampu menghasilkan sekitar 60 juta gelen air bersih sehari yang mampu menampung kekurangan di daerah ini dan mempunyai lebihan untuk dijual, katanya.

"Pada setiap hari, kita juga menghadapi masalah kekurangan air yang dirawat tetapi kita boleh menguruskan keadaan itu dengan baik. Apabila loji rawatan air dan empangan yang baharu siap dibina, kita berada pada kedudukan untuk berbuat
demikian (menjual air ke negeri lain), katanya.

Mohamad berkata pada masa ini Negeri Sembilan belum menerima sebarang permintaan membeli air dari negeri lain namun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah meminta kerajaan negeri memulakan rundingan dengan pihak yang mahu membelinya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri sedang menaik taraf dua buah loji rawatan air di Ulu Jempol dan Bahau dekat sini, bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan ke kawasan sekitar iaitu daerah Jempol dan Kuala Pilah.

Katanya, penaiktarafan kedua-dua loji lama tersebut yang menelan belanja RM80 juta dijangka siap akhir tahun ini.

"Loji Rawatan Air Ulu Jempol, kita akan naik taraf kapasitinya dari 12 juta gelen sehari kepada 25 juta gelen sehari dan Loji Rawatan Air Bahau, kita akan naik taraf dari lapan juta gelen kepada 12 juta gelen sehari," katanya.

Wednesday, July 25, 2012

Isu Air Selangor : Sampai bila Rakyat Di Adu Domba ??


Selangor didakwa sengaja halang Langat 2

SINOPSIS - ISU PASIR PUN TAK SELESAI SELESAI..............


KUALA LUMPUR 24 Julai 2012

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak agar berhenti main tarik tali dengan Kerajaan Pusat berhubung pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri tahu projek Langat 2 amat diperlukan rakyat tetapi mereka bertindak menghalang pembinaannya hanya kerana ia merupakan projek di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Mereka tahu krisis air yang sedang dihadapi penduduk negeri ini, namun mereka tetap berdegil dengan mengatakan Langat 2 tidak diperlukan.

"Tetapi jika Kerajaan Pusat menyerahkan projek pembangunan Langat 2 kepada pihak tersebut, pastinya mereka akan melaksanakannya demi memenangi hati rakyat Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu mengetuai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumpa dengan wakil Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bagi mendapatkan maklumat sebenar berhubung krisis air negeri itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga bertindak mengelirukan rakyat dengan menegaskan negeri itu mempunyai bekalan air mencukupi, sedangkan isu sebenar bukanlah air mentah tetapi air terawat.

"Air mentah tidak pernah menjadi isu kerana Selangor memang mempunyai sumber yang mencukupi, apa yang kurang ialah loji rawatan air,'' katanya.
Tambah Sohaimi, tindakan kerajaan negeri bermain politik berhubung isu tersebut juga dilihat tidak mendatangkan sebarang faedah sebaliknya hanya memudaratkan rakyat yang terlibat.
"Kerajaan Selangor tidak seharusnya mempolitikkan keperluan asas itu jika benar mereka sebuah kerajaan yang mengutamakan keperluan dan kebajikan rakyatnya.

"Sehubungan itu, kami mewakili NGO menyokong tindakan Kerajaan Pusat meneruskan pembinaan Langat 2 demi kebaikan seluruh rakyat Selangor," jelasnya.
Sohaimi turut berkata, pihaknya bersama 54 NGO lain akan mengadakan siri jelajah bagi memberi penjelasan sebenar kepada masyarakat umum berhubung krisis air yang dihadapi negeri itu.

RAKYAT SELANGOR SUDAH BERSUARA !!!


TU YANG SEBENARNYA BERLAKU DI KUALA LANGAT, SEPANG, PUCHONG,  BERJUNTAI BESTARI, HULU SELANGOR dll................SAMPAI BILA ???


Water Treatment Plant  ( WTP )


Jangan haraplah nak tengok Kawasan bekas lombong yang menghijau seperti ini di Selangor............ 

P/S    Agaknya Kerajaan Selangor tak puas puas merogol dan menjarah Tanah Rezab Melayu   kerana kebanyakan Kawasan Lombong ( Darat ) kecuali Sungai adalah Kawasan Tanah Rezab Melayu terutamanya di Dengkil, Sepang dan Olak Lempit (MC4, MC5, MC6), Kuala Langat yang keluasannya lebih kurang 1,800 Ekar ( K.Langat) dan 1,500 Ekar di Dengkil, Sepang. Ini adalah fakta di dalam pengetahuan aku sebagai ahli pelombong pasir dan bijih timah di Selangor sebelum Kerajaan Pakatan mengambil alih Selangor tahun 2008. 

Agaknya, Mastermindnya ( Tau Siapa Kann!! ) nak isi air selepas lombong di korek. Ini adalah Teori Bodoh yang bukan Ilmiah. Air yang terkandung di kawasan bekas lombong (Takungan, kolam, Lombong) mengandungi kandungan logam berat yang mengambil kos yang tinggi untuk diproses bagi 'Treated Water' bagi alternatif Rezab Air mentah yang tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang tinggi terutama di bawah Sektor Industri. Akibatnya juga, banyak kilang dan industri yang terbengkalai perlaksanaannya. Siapa yang susah ?? Anak Selangor juga yang susah........kerana kilang tak dapat dibuka dan peluang pekerjaan tak dapat dipenuhi........masyaallah.....

Jadi terkini, siapa sebenarnya yang menjahanamkan Negeri dan Rakyat Selangor. Kalau tak percaya kenyataan aku ini, tolong check !! Itu belum di Daerah lain di Selangor. Wahai Anak Selangor !!  Bangunlah menentang kemungkaran ini. Tumbangkan Pakatan Rakyat !!  Masa untuk BN kembali dengan barisan kepimpinan baharu yang dinamik sebagai Pembela rakyat yang sebenarnya khasnya di Negeri Selangor Darul Ehsan dan di Malaysia amnya.

-Tunggukan sambungannya...................

1Malay: Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam da...

1Malay: Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam da...: Bukti KONSPIRASI YAHUDI Melemahkan negara Islam dan kini giliran Malaysia . Muncul beberapa penulisan yang membuka rahsia percaturan Y...

Dr MiM: Pemikiran Bangsa Malaysia

Dr MiM: Pemikiran Bangsa Malaysia: Dr Novandri Hasan Basri Di sertakan di bawah ini satu artikel tulisan penulis yang telah disiarkan di Utusan Malaysia mengenai Hari Kemer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin