Advertisement

Monday, September 3, 2012

Anakbukitgantang in Putrajaya: Melayu itu leluhur semua bangsa!

Anakbukitgantang in Putrajaya: Melayu itu leluhur semua bangsa!: Ada yang tertanya kenapa saya berbalik kepada posting arkeologi--genetik- sejarah-budaya-Melayu sekarang. Penemuan oleh Team Arkeologi USM ...

Anakbukitgantang in Putrajaya: Atlantis yang tenggelam berada di Nusantara

Anakbukitgantang in Putrajaya: Atlantis yang tenggelam berada di Nusantara: Saya sambung lagi posting terdahulu yang dibuat secara bersiri. Tujuan saya hanya satu bahawa orang Melayu tahu jatidiri serta sejarah nenek...

Anakbukitgantang in Putrajaya: Islam di Nusantara, Rahsia Melayu dan Negara Yang AMAN

Anakbukitgantang in Putrajaya: Islam di Nusantara, Rahsia Melayu dan Negara Yang AMAN

RAHSIA TARIKH 31HB. OGOS 1957 SEBAGAI TARIKH MERDEKA.


31 ogos 1957 - "rahsia negara yang aman"



Kemerdekaan negara ini dicapai dengan cara yang baik tanpa pertumpahan darah pada tarikh "Baldatun Toyyibatun" yang membawa makna "negeri yang baik dan makmur". Tarikh Baldatun Toyyibatun ini hanya dikongsi oleh  3 negeri /tempat di dunia ini iaitu;  tarikh pembukaan Kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW, tarikh penaklukan Kota Konstantinopole (Instanbul) oleh Sultan Muhamad Al Fateh dan tarikh kemerdekaan Malaya (yang kemudian dikenali sebagai Malaysia). Sesungguhnya ulama kita telah menggunakan  Quran, kitab dan ilmu falak supaya negara yang baru merdeka menjadi aman dan makmur seperti negeri Makkah dan Instanbul pada waktu pembukaannya. 

Syeikh Abdullah Fahim, yang ketika itu Mufti Pulau Pinang dan seorang wali Allah,  apabila ditanya Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman, tarikh yang sesuai untuk kemerdekaan negara telah  mencadangkan 31 Ogos 1957. Beliau menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957.

Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaanBeliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.


Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa Syeikh Fahim menggunakan alat  astrolabe kepunyaaannya (yang maseh disimpan di sekolah itu) bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.

Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.

Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.

Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.
Apa yang lebih menarik lagi ialah Buruj Libra (Dacing) dan Buruj Kapal Layar yang kelihatan dengan jelas di angkasa. Tidak diketahui sama ada pemilihan dua tarikh tersebut oleh Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaitan rapat dengan politik Malaysia pada waktu itu atau di masa kini di mana Buruj Dacing tampak sangat sinonim dengan lambang Barisan Nasional manakala Buruj Kapal Layar berbetulan pula dengan lambang Parti Perikatan yang menang majoriti dalam pilihan raya 1955 bagi mencapai hasrat kemerdekaan dalam tempoh empat tahun (1959), namun kemerdekaan telah berjaya dicapai lebih awal lagi iaitu dalam masa dua tahun sahaja.


Rahsia Baldatun Toyyibatun-Negeri yang baik aman dan makmur melalui numerologi Islam

Tarikh Merdeka  iaitu  31 08 57 - Rahsia 3 Angka  857 adalah tahun pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan  Muhammad Al Fateh iaitu tahun 857 Hijrah/1453M. 

Rahsia Angka 108 adalah 10 Ramadhan 8 Hijrah iaitu pembukaan kota Mekah. 

Rahsia Angka 31 pula adalah nilai numeric Alfabet Arab iaitu AL ( Alif dicampur dengan Lam nilainya ialah 31).

Selain daripada itu rahsia angka 857 dalam nilai numeric Arab ialah Baldatun Toyyibatun. Ba + Lam + Dal + Ta, + Tho + Ya + Ba + Ta (2 + 30 + 4 + 400 + 9 + 10 + 2 + 400 = 857)

 Rahsia angka 31 adalah nilai AL. Alif + Lam ( 1 + 30 = 31)
Maka maknanya tanggal 31 bulan 08 tahun 57 ialah AL-Baldatun Toyyibatun (Si Negeri yang baik aman dan makmur). Rujuk Baldatun Toyyibatun Surah Saba' ayat 15.

Terjemahan ayat

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba` satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan disebelah kiri (kariah mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!"-Surah Saba Ayat 15

Syeikh Abdullah Fahim secara hakikat telah mengikat (binding) angka pembukaan kota Mekah 10 Ramadhan 8 Hijrah dengan angka pembukaan kota Konstantinople 857 Hijrah dengan angka tarikh kemerdekaan Malaysia maka jadilah 310857. Oleh itu tarikh kemerdekaan Malaysia adalah satu ikatan binding antara Pembukaan Kota Mekah dan Pembukaan Kota Konstantinople (Daulah Turki Uthmaniyah).

Tarikh inilah rahsianya menjadikan Malaysia aman dan makmur dan selamat daripada berbagai-bagai ancaman dengan IZIN ALLAH AZZA WA JALLA berkat ilmu Falak Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim.

Rujukan
-Nor Azam Mat Noor, Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (Falak)
-Utusan Malaysia, 31 Ogos 2004 
-Ustaz Shamsul Mohd Noor dan ditulis semula oleh mureednya Ahmad Ariff  dan anakbukitgantang(Baldatun Toyyibatun)

SUMBER - Anakbukitgantang in Putrajaya.

Anakbukitgantang in Putrajaya: Sang Saka Merah Puteh yang disalah sangka-Pakatan ...

Anakbukitgantang in Putrajaya: Sang Saka Merah Puteh yang disalah sangka-Pakatan ...: Bendera Malaysia menerapkan Sang Saka Merah Puteh iaitu lambang bendera PERANG zaman berzaman bagi Kerajaan Kerajaan  Islam di Nusantara ini...

ABU: Asalkan Bukan Umno™: shalehudin: Rasa macam TAK CANTEK ja berita neh......

ABU: Asalkan Bukan Umno™: shalehudin: Rasa macam TAK CANTEK ja berita neh......: shalehudin ...

Sunday, September 2, 2012

MPP Online: LAST WARNING yang terakhir untuk pemijak gambar Na...

MPP Online: LAST WARNING yang terakhir untuk pemijak gambar Na...: Errrr..., gua ingat Kementerian dalam negeri dah tak wujud dalam pentadbiran Najib.., hari ni bila gua baca paper, baru gua tahu rupanya a...

JANGAN DERHAKA KEPADA INSTITUSI RAJA RAJA MELAYU.


DAULAT TUANKU














SUNDAY, SEPTEMBER 2, 2012

(TERKINI)  - Rancangan Pembangkang Menggulingkan Raja Melayu


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syd Ali Alhabshee mendakwa, pembangkang cuba merealisasikan impian untuk menubuhkan pemerintahan bercorak republik di negara ini jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Untuk itu tegas beliau, langkah pertama meerka ialah mengetepikan peranan institusi kesultanan raja-raja Melayu dan menukarkan Jalur Gemilang.

Katanya, ini terbukti apabila Sultan Selangor tidak dijemput menghadiri sambutan 55 tahun kemerdekaan negara peringkat negeri di Shah Alam baru-baru ini, sebaliknya memberi ruang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk berucap.

"Manakala sikap biadap ialah mereka (pembangkang) mengibarkan bendera 'merah putih' menggantikan Jalur Gemilang pada perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos, baru-baru ini." tegasnya.

Sambil menyifatkan kedua-dua perbuatan itu sebagai amat terkutuk, Syed Ali berkata rakyat harus berwaspada dengan ancaman tersebut.

Menurut beliau, pakatan pembangkang yang didalangi oleh DAP semakin biadap apabila peranan dan kewibawaan Sultan Selangor diperlekehkan secara terbuka.

"Adalah amat menyedihkan apabila seorang Sultan Selangor yang merupaan payung negeri dipingirkan daripada menghadiri majlis yang \amat bermakana kepada kemerdekaan tanah air," ujarnya.

Dalam hal ini, beliau tidak menolak kemungkinan Menteri Besar, Tan Sri Khald Ibrahim mengikut telunjuk pihak tertentu terutama DAP dan Anwar untuk 'memalukan' Sultan Selangor.

"Khalid adalah petung bernyawa kepada pakatan pembangkang di Selangor, nama sahaja Menteri Besar tetapi hidung beliu boleh ditarik sesuka hati oleh DAP dan Anwar," katanya.












Darjat Anwar lebih tinggi daripada Sultan Selangor ?

Beliau mempersoalkan apakah Anwar lebih 'darjatnya' sehingga diberikan peluang untuk berucap manakala Sultan Selangor pula disisihkan.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat negeri Selangor supaya sedar dan bangkit menukarkan kerajaan pembangkang yang jelas telah mengkhinati maruah dan aspirasi perjuangan orang Melayu.

"Saya berharap rakyat Selangor sedar bahawa maruah dan kewibawaan sultan mereka telah dipijak-pijak oleh pembangkahg terutama DAP dan Anwar," tegasnya.

Dalam pada itu, Syed Ali menyelar perbuatan pihak tertentu yang sengaja mengibarkan bendera 'merah putih' sebagai provokasi kearah pembentukan negara republik dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus tegas untuk mengambil tindakan supaya perkara tersebut tidak berulang.

Katanya lagi, rakyat amat 'kecewa' dengan sikap KDN yang didakwa kadangkala tidak sensitif terhadap beberapa isu yang menyentuh kepentingan negara termasuk berkaitan agama Islam dan kedudukan institusi raja-raja Melayu.

Beliau bimbang akibat sikap kecewa rakyat terhadap KDN akan menyebabkan mereka mengalih perhatian kepada pembangkang dan gejala ini amat membimbangkan jika berlarutan sehingga PRU ke-13.

"Perbuatan terkutuk itu boleh ditakrifkan sebagai menghasut rakyat supaya menolak kerajaan sedia ada dengan cara yang bertentangan dengan amalan demokrasi," tegasnya.

Katanya, perbuatan itu merupakan usaha halus pihak pembangkang untuk memesongkan pemikiran rakyat bagi menjayakan impian mereka kearah menubuhkan kerajaan republik di negara ini.

Tambah beliau lagi, cita-cita pembangkang ialah untuk menghapuskan kedudukan raja-raja Melayu di sembilan buah negeri termasuk DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali turut menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati memijak-mijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, perbuatan tersebut bukan budaya hidup rakyat Malaysia dan sewajarnya dibanteras bagi mengelak dimanipulasi oleh media Barat.

"Bukan soal peribadi Najib, tetapi perbuatan memijak potret seorang pemimpin negara adalah perbuatan tidak bertamadun dan hanya dilakukan oleh mereka yang sakit mental," tegasnya.

Dalam hubungan ini katanya, jika pembangkang diberikan peluang memerintah negara ini dikhuatiri gambar raja dan sultan Melayu juga akan dipijak-pijak oleh mereka.

"Sekarang rakyat boleh menilai sejauhmana pekerti mereka sebagai seorang manusia," tegasnya.
SUMBER BERITA : BLOG PAHANG KU (T.Kasih)

SILA LIHAT - BERITA RUJUKAN


Monday, November 29, 2010

Sultan Selangor kecewa ada Melayu pertikai kedudukan Raja, bangsa sendiri

sultan selangor
SHAH ALAM:  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris  Shah hari ini bertitah baginda sedih dan dukacita kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.   
Baginda bertitah golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.   
"Matlamat mereka agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan, dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, adalah amat tidak bertepatan," titah baginda pada majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan – Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.   
Sultan Sharafuddin bertitah terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’.   
Titahnya, baginda percaya perbuatan itu dilakukan golongan berkenaan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik mereka.   
Sultan Sharafuddin bertitah adakah orang Melayu kini tidak berbangga dan megah dengan bangsa sendiri sehingga ada yang sanggup menggadaikan perkataan ‘Melayu’ untuk dikuburkan serta lenyap daripada mata dunia.   
Baginda bertitah kisah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris juga tertera perkataan ‘Tanah Melayu’ dan ‘Raja-Raja Melayu’ dan ini menunjukkan penulis Barat berkenaan mengiktiraf bangsa Melayu yang memulakan sejarah di negara ini.   
"Beta berasa sedih dengan generasi sekarang yang malu untuk mengaku diri mereka seorang Melayu.    
"Di sini beta ingin menyatakan bahawa bukanlah tujuan beta untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan kepada kita semua bahawa kita mesti berbangga dengan negeri Selangor yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu kaum Cina, India dan Melayu, serta kaum-kaum yang lain," titah baginda.   
Titahnya, keamanan di Selangor boleh dibanggakan kepada dunia luar kerana negeri itu mempunyai tamadun yang maju dengan kepesatan ekonomi terbina atas keharmonian ketiga-tiga kaum.
SUMBER - Bernama

LIPUTAN - BLOG ANAKNILAI

Minda Hijrah: @NajibRazak : Sikap pembangkang belakangkan Sultan...

Minda Hijrah: @NajibRazak : Sikap pembangkang belakangkan Sultan...: Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdek...

Minda Hijrah: Senarai penerima hadiah cabutan bertuah himpunan #...

Minda Hijrah: Senarai penerima hadiah cabutan bertuah himpunan #...: Berikut nama pemenang hadiah cabutan bertuah pada Himpunan Merdeka 55 Tahun : Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, semala...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin