Advertisement

Sunday, February 17, 2013

Abdul Kadir fail permohonan, arah ROS daftar Parti Ikatan

Abdul Kadir fail permohonan, arah ROS daftar Parti Ikatan BMT

Ahli Pas bantah DAP

Ahli Pas bantah DAP anaknilai

PAS SUDAH TIDAK DIPERCAYAI OLEH PENGIKUTNYA.


Empat perkara punca Pas gagal dapat kepercayaan

BESUT 17 Feb. - Pas gagal mendapat kepercayaan majoriti umat Islam di negara ini kerana empat perkara pokok yang tidak mampu diselesaikan malah masih diamalkannya sehingga sekarang demi menjaga kepentingan parti.
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata walaupun perkara-perkara yang dilakukan didapati bertentangan dengan agama, pemimpin Pas tetap tidak mahu mengubahnya kerana percaya kononnya ia disukai orang-orang Islam termasuk pengikut mereka sendiri.
Katanya perkara utama yang gagal diselesaikan Pas ialah berkaitan masih wujudnya “ Amanat Haji Hadi" yang walaupun telah lapuk tetapi kesannya masih menyebabkan masyarakat Islam berpecah sehingga sekarang.
“Selain itu elemen Khawarij yang masih diamalkan dalam Pas yang mudah menyalahkan orang lain tanpa memandang secara positif akan sesuatu isu atau perkara juga menjadi penyebab," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bayaran RM1,000 kepada 383 Veteran Tentera Tidak Berpencen daerah Besut dan Setiu di dewan sivik Jabi dekat sini hari ini.
Abdullah yang juga Anggota Parlimen Besut berkata keengganan Pas bersatu dengan UMNO yang dituduh tidak Islamik sebaliknya memilih DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menjadi tanda tanya masyarakat Islam berhubung pendirian parti itu.
Selain itu, katanya, pemecatan beberapa tokoh agama dalam Pas yang dibuat tanpa soal selidik juga telah menyebabkan umat Islam sudah hilang kepercayaan kepada Pas yang selama ini menggembar-gemburkan dirinya sebagai parti yang memperjuangkan Islam.
Menurutnya empat perkara pokok itu menyebabkan masyarakat Islam hilang keyakinan dan kepercayaan dan ditambah pula dengan sikap pemimpin Pas yang sentiasa berdolak dalik dan sering berubah pandangan berhubung sesuatu isu membuktikan Pas sebagai parti tiada pendirian yang mudah menurut telunjuk terutama dari DAP. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130217/po_06/Empat-perkara-punca-Pas-gagal-dapat-kepercayaan#ixzz2L97nHyd9
© Utusan Melayu (M) Bhd 


anaknilai

Sokongan meningkat

Sokongan meningkat

SM Sains Banting, Jugra: Tingkatan 1 tahun 2013

SM Sains Banting, Jugra: Tingkatan 1 tahun 2013: Perhimpunan batch yang menghimpunkan semua pelajar tingkatan 1 tahun 2013 menjadi medan untuk mereka berbincang dan melatih daya kepimp...

BADUT RAKYAT: KONSERT PSY !!! MODAL POLITIK PR AKHIRNYA TERKANTO...

BADUT RAKYAT: KONSERT PSY !!! MODAL POLITIK PR AKHIRNYA TERKANTO...: Terus terang penulis katakan,isu persembahan Psy sempena Tahun Baru Cina adalah modal politik murahan dari Pakatan yang semakin kehabis...

Serdang MP objects to disciplinary probe | Free Malaysia Today

Serdang MP objects to disciplinary probe | Free Malaysia Today BMT

Giliran MP Serdang, Teo Nie Ching Pijak Tempat Sujud Umat Islam Dalam Masjid Untuk Beri Tazkirah | Cucu Tok Selampit

Giliran MP Serdang, Teo Nie Ching Pijak Tempat Sujud Umat Islam Dalam Masjid Untuk Beri Tazkirah | Cucu Tok Selampit BMT

Saturday, February 16, 2013

ANWAR IBRAHIM PERTIKAI TINDAKAN KERAJAAN MALAYSIA MENAHAN SENATOR AUSTRALIA DI LCCT.


Senator Australia ditahan di LCCT, rekod mudarat kesejahteraan Malaysia
SENATOR NICK XENOPHON. - THE SYDNEY MORNING HERALD www.smh.com.au

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang hari ini setelah didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.
Xenophon, yang tiba dari Melbourne, Australia, pada pukul 6.50 pagi, ditahan pihak imigresen mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963.
Ketika mengesahkan penahanan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, Xenophon merupakan golongan yang tidak diingini dan dilarang masuk ke negara ini kerana mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.
"Apabila kita semak sistem dia merupakan orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam negara kerana sebelum ini pernah menimbulkan isu yang cenderung ke arah menggugat keharmonian negara," katanya ketika dihubungi Bernama.
Alias berkata, Xenophon ditempatkan di pejabat Imigresen LCCT berikutan penahanan itu dan bukan di dalam sel atau lokap.

Katanya Xenophon dijangka dihantar pulang ke Australia malam ini.

Menyangkal dakwaan kononnya Xenophon dinafikan hak untuk menemui sesiapa dan mengehadkan sebarang hubungan dengan pihak luar, Alias berkata, Xenophon dibenarkan bertemu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa, yang datang untuk menemui beliau di bilik mesyuarat pejabat Imigresen LCCT pagi tadi.
Beliau berkata, Kupa yang turut menemuinya berhubung penahanan Xenophon itu, menyatakan rasa puas hati dengan layanan Imigresen Malaysia terhadap senator itu serta menegaskan bahawa beliau menghormati undang-undang negara.
Xenophon dilaporkan ialah antara 50 pengubal undang-undang di Australia yang mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan pada Februari 2010.
Pengubal undang-undang Australia itu juga dilaporkan sering mengkritik sistem perundangan Malaysia, merujuk sebuah jawatankuasa Parlimen sebagai "mahkamah kangaru".
Dalam misi pencarian fakta pada April tahun lepas, Xenophon telah turut serta dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan mengadu gas pemedih mata disembur ke arahnya, dan berkata cara polis mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia ialah kerajaan “autoritarian."
Selain mengkiritik sistem politik Malaysia, Xenophon juga mengkritik industri minyak sawit negara.
Senator itu berulang kali mendakwa minyak sawit tidak baik untuk kesihatan orang ramai, dan menuduh rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri sawit telah memusnahkan hutan tropika yang merupakan habitat Orang Utan.
Di MELBOURNE, Menteri Luar Australia, Bob Carr berkata, pegawai Australia di Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan pelepasan segera senator bebas itu.
Sementara itu, sekumpulan ahli politik Australia, yang menjadi delegasi senator itu, bagaimanapun membatalkan lawatan ke Malaysia selepas Xenophon tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.
Delegasi tersebut terdiri daripada Xenophon, Ahli Parlimen parti Liberal, Mal Washer; Senator John Williams dan Ahli Parlimen parti Buruh, Steve Georganas dijadual melakukan lawatan tidak rasmi menjelang pilihan raya umum di Malaysia.
Antara lain, delegasi itu bercadang untuk menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz  dan anggota kumpulan Bersih.
Senator Williams berkata, jadual lawatan delegasi itu, yang dirancang dua bulan lepas, kini tidak akan diteruskan.
"Saya baru sahaja bercakap dengan Mal Washer dan memberitahunya bahawa saya menarik diri. Saya telah bercakap dengan Julie Bishop (timbalan ketua pembangkang) dan menghantar pesanan teks kepada Nick Xenophon menyatakan kami menarik diri daripada lawatan itu dan beliau menjawab "OK", “ katanya kepada stesen television ABC.
Williams berkata, beliau berfikir adalah lebih baik untuk keadaan menjadi reda dan melakukan lawatan kemudian pada tahun ini.
"Mereka mempunyai sebab mengapa dia (Xenophon) ditahan di lapangan terbangan dan saya pasti ini boleh diselesaikan. Keadaan ini akan selesai dalam beberapa minggu ini dan kemudian kami akan melihat sama ada kami boleh melakukan lawatan kemudian," katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130216/dn_31/Senator-Australia-ditahan-di-LCCT-rekod-mudarat-kesejahteraan-Malaysia#ixzz2L47qeYQ8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

* Komen Admin : Berikutan itu Si Kitol bising bising beria2 backing si Mamat Australian tu. Dengar kata, si Xenophon ni ada kecenderungan LGBT !! So, rasanya memang kena dan tepat keputusan jabatan imigresen menahan dan mengusir beliau daripada Malaysia yang tidak layak oleh manusia2 LGBT ni.  Lagipun ada kena mengena dengan BERSIH !! Kerajaan Malaysia bukan bodoh !! Bukan soal politik mahupun parti politik !! Ini soal Keselamatan Negara sejagatnya. Jadi, tak usah pertikaikan polisi dan tindakan kerajaan Malaysia.cuba tengok di bawah, kenapa Si Kitol tua tu bising2? Mesti ada agenda sebaliknya ????????  

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH !!!! (ADA PAKATAN 
ASING DARI LUAR NEGARA NAK MENGGULING 
KERAJAAN KE ???

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan senator bebas Australia, Nick Xenophon pagi ini dan menegaskan ia melanggar protokol antarabangsa.
“Saya mengecam dengan keras penahanan senator Australia Nick Xenophon di LCCT yang dikatakan mengancam keselamatan nasional dan dilabel sebagai ‘musuh negara’. Tuduhan-tuduhan itu adalah tidak berasas,”
“Saya mengingatkan perdana menteri, Najib Razak bahawa beliau tiada hak untuk memperlaku tetamu sebagai musuh negara hanya kerana mereka kritikal kepada pentadbiran Umno.
“Malaysia bukan dimiliki Umno. Ia kepunyaan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik,” tegas Anwar.
Menurut Anwar, Xenophon yang melahirkan kebimbangan terhadap pilihan raya akan datang, tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun mengancam keselamatan negara.
“Tambahan pula, beliau disertai penggubal undang-undang Australia untuk bercakap kepada kami, serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan raya. Ini bukan sebab untuk menyenaraihitamkan beliau,” katanya.
Menurut Anwar, tindakan menahan dan menghantar pulang Xenophon bermotifkan politik dan merupakan salahguna kuasa.
“Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam menerima kehadiran penggubal undang-undang daripada luar, khususnya ahli negara komanwel.
“Senator Xenophon mesti dibebaskan serta merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan selanjutnya,” tegas Anwar


anaknilai - Sanggup Berjuang Demi Bangsa, Agama dan Negara  !!!!!!! 

Info 4 The Truth: PANAS !!! ANWAR PUNCA HARON DIN TINGGALKAN PAS !!!...

Info 4 The Truth: PANAS !!! ANWAR PUNCA HARON DIN TINGGALKAN PAS !!!...: Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari PAS. Beliau dikatakan meninggalkan PAS kerana tak berpuas ... anaknilai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin