Advertisement

Sunday, October 28, 2012

Jual aset PKNS: Khalid terus dicabar beri penjelasan

Jual aset PKNS: Khalid terus dicabar beri penjelasan

Sat, 27 Oct 2012 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dicabar untuk tampil memberi penjelasan berhubung cadangan negeri itu menjual lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM321 juta.
   
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Abdul Khalid terutamanya perlu menjelaskan rasional cadangan penjualan itu khusus mengenai kesannya ke atas golongan usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan di premis-premis terlibat. 
   
"Bolehkah kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa bakal pemilik baru lima aset berkenaan akan menjaga kebajikan usahawan yang berada di premis-premis terbabit dalam penjualan tersebut kelak?" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
   
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan mengulas kontroversi cadangan penjualan aset terbabit oleh kerajaan Selangor yang dikhuatiri merugikan rakyat negeri itu khususnya golongan Bumiputera.
   
Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam; Kompleks PKNS Shah Alam; Kompleks PKNS Bangi; dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India.

Rosnah berkata sebagai bekas ahli korporat, Abdul Khalid seharusnya berfikiran lebih matang dalam meningkatkan pembangunan negeri dan rakyat tanpa mengakibatkan penganiayaan terhadap mereka. 
   
"Tan Sri Abdul Khalid tidak boleh menganggap pentadbiran negeri Selangor sebagai satu perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan dan pembangunan tanpa memikirkan kebajikan rakyat. 
   
"Adakah penjualan lima aset tersebut merupakan jalan terbaik? Mengapa keputusan tersebut dibuat sekarang? Adakah PKNS menghadapi masalah kewangan? Semua persoalan ini menjadi tanya tanya dan perlu dijelaskan," tegas Rosnah.
    
Katanya, PKNS sepatutnya berusaha menambah pegangan aset miliknya dan bukan mengurangkannya dengan cara menjual (hartanya) kepada pihak lain. - Bernama

anaknilai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin