Karpal kekal Pengerusi DAP, 2 wakil Melayu dilantik
16 Disember 2012
GEORGETOWN - Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh terus kekal memimpin parti itu setelah dilantik lagi memegang jawatan berkenaan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini.
Karpal yang tidak digemari oleh beberapa pemimpin DAP sebelum ini, dilantik sebagai pengerusi bagi penggal kedua setelah memenangi CEC dan mendapat undi ketiga tertinggi pada pemilihan Kongres Kebangsaan ke-16 DAP yang berlangsung di sini semalam.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dikekalkan sebagai Setiausaha Agung, ketika mengumumkan senarai barisan baharu kepimpinan DAP, berkata Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai dilantik sebagai timbalan pengerusi kebangsaan bagi menggantikan tokoh veteran yang juga Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw, yang gagal dipilih sebagai anggota CEC.
Guan Eng berkata DAP menubuhkan sebuah biro baharu yang dikenali sebagai Biro Pakatan Rakyat dan dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim.
"Biro ini penting untuk menunjukkan DAP memainkan peranan bahawa pakatan DAP-PKR-PAS adalah satu alternatif tulen, benar dan betul untuk rakyat Malaysia buat perubahan," katanya.
Guan Eng juga mengumumkan pelantikan Dr Chen Man Hin sebagai penasihat parti dan dua wakil DAP Melayu iaitu Senator Ariffin Omar dan setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari sebagai anggota CEC.
Lapan lagi anggota CEC yang dilantik adalah Seng Giaw, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong Jimmy Wong Sze Phin, Pengerusi Majlis Perundingan Dayak Dr John Brian Anthony, Pengerusi DAP Sabah Dr Edwin Bosi, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dan Adun Pasir Pinji Thomas Su Keong Siong.
Dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Disiplin kekal dipengerusikan Kok Wai dan Biro Perundangan oleh Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.
Dua lagi jawatankuasa baharu dibentuk iaitu Biro Kebudayaan yang diketuai Adun Senawang P.Gunasekaran dan Biro Buruh yang diketuai Adun Sungkai A. Sivanesan.
Ramasamy, yang kalah dalam CEC, dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung bersama Ketua Wanita DAP Chong Eng dan Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.
Beberapa tokoh veteran parti termasuk Lim Kit Siang dan Seng Giaw dilantik menganggotai Jawatankuasa Pendidikan Politik Kebangsaan. - Bernama

Admin anaknilai
No comments:
Post a Comment