Advertisement

Wednesday, March 13, 2013

KEADAAN DI LAHAD DATU SEMPORNA DAN TENANG DAN AKTIVITI HARIAN DIJALANKAN SEPERTI BIASA.


Update Lahad Datu : 


AKTIVITI EKONOMI DAN SOSIAL DI SEMPORNA DAN


LAHAD DATU PULIH

OPERASI DAULAT (OP DAULAT)

Ketua Polis Sabah 
(Pesuruhjaya Polis Datuk Hamza Taib) 

3 Buah Sekolah yang masih ditutup

pihak Polis yang hadir ke sekolah di dalam pengawasan 
memastikan keadaan yang selamat di sekolah sekolah yang
 telah di buka semula (Bermula 11/03/2013)


Semporna, 11 Mac - Aktiviti masyarakat di Kampung Simunul, Semporna dan Pekan Lahad Datu yang sebelum ini terganggu ekoran pencerobohan kumpulan militan bersenjata dari Sulu kembali pulih.

Selepas lebih seminggu diselubungi ketakutan, keadaan keselamatan yang terkawal tanpa ancaman baru memberi keyakinan kepada masyarakat tempatan untuk meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial di daerah tersebut.

Tinjauan Bernama di Semporna mendapati masyarakat di daerah itu kembali sibuk menjalankan aktiviti masing-masing tanpa bimbang menjadi sasaran kumpulan penceroboh.

Kebanyakan kedai atau premis perniagaan termasuk bank-bank dan stesen minyak membuka perniagaan seperti biasa, manakala pasar-pasar awam kembali meriah dengan 'pekikan' para peniaga melariskan jualan.

Perkhidmatan bot yang menjadi nadi dan alat pengangkutan utama penduduk berulang-alik dari pulau ke pekan Semporna juga dilihat rancak semula dengan jeti-jeti pendaratan dipenuhi bot manakala kawasan tumpuan pelancong yang sebelum ini suram kembali meriah dengan kemasukan pelawat asing.

Pembantu jualan Nurhasni Arabbahasa, 23, berkata perkembangan itu adalah sesuatu yang amat menggembirakan penduduk kerana mereka kini boleh menjalankan aktiviti harian yang sebelum ini terbantut seperti biasa.

"Saya bersyukur keadaan kembali tenang, sekaligus membolehkan kami menjalankan perniagaan seperti kebiasaan bermula awal pagi hingga ke malam, berbanding separuh hari semasa keadaan tegang," katanya yang berasal dari Kampung Kabogan.

Perasaan itu turut dikongsi pemandu kenderaan penumpang yang menyifatkan tindakan segera pihak keselamatan menangani insiden tersebut sehingga keadaan pulih membolehkan beliau dan rakan-rakan kembali menawarkan perkhidmatan seperti biasa.

Hazie Lajari, 39, dari Kampung Tampe-Tampe berkata keadaan itu mendorong perkhidmatannya diperlukan ramai sekaligus membantu meningkatkan pendapatannya.

Harapan supaya seluruh Semporna terkawal sepenuhnya turut disuarakan pesara tentera, Jamdi Kulambal, 57, yang berharap pihak keselamatan dapat memulihkan sepenuhnya ketakutan penduduk di daerah itu agar mereka segera boleh kembali menjalani kehidupan yang tenang seperti sebelum ini.

Di Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat mengesahkan kehadiran polis yang mengawal keselamatan mengembalikan keyakinan masyarakat di situ untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

"Penduduk semakin yakin bahawa kejadian yang berlaku di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, tidak menjejaskan kehidupan harian penduduk dan ia memberi gambaran yang masyarakat memiliki kepercayaan tinggi terhadap peranan pasukan keselamatan," katanya.

Peniaga sayur Hanisah Kurana, 50, berkata memang tiada kekacauan berlaku di pekan Lahad Datu dan tindakan beberapa peniaga menutup kedai hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana khuatir insiden di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas merebak ke pekan itu.

Peniaga sayur, Umar Ahani, 30, pula mengakui beliau meneruskan perniagaannya seperti biasa walaupun ramai peniaga lain menutup kedai. Katanya, beliau tidak berbuat demikian kerana yakin kehadiran polis mampu memastikan keadaan di pekan itu selamat. - BERNAMA


Pekan Lahad Datu

Keadaan bilik kelas sekolah yang telah dibuka semula

Salah seorang guru

Gurubesar Sekolah salah buah sekolah di Lahad Datu  

Salah seorang murid yang agak tenang 

Salah seorang seorang murid

Ketua Menteri Sabah Dato Seri Panglima Musa Aman


 Suasana riang Tentera semasa Lawatan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak   

Tabung Wira Negara Lahad Datu Anjuran Media Prima dan TV3


anaknilai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin