Advertisement

Tuesday, November 27, 2012

MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG (WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2012

Ucapan Perasmian oleh Timbalan Presiden UMNO YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin.
'







Bersama Melakar Kemenangan
'Melakari Kejayaan Bangsa, Agama dan Negara'

Ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin secara pokoknya mengajak Sayap sayap UMNO - Wanita UMNO sebagai Srikandi, Pemuda UMNO sebagai Pejuang UMNO dan Puteri UMNO sebagai Permata UMNO merapatkan barisan dan bersatu di dalam perjuangan bagi menghadapi Pilihanraya umum yang ke 13.

Bersama sama menolak fitnah, tohmahan dan dakyah songsang serta sesat pihak Pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS dimana secara kesimpulannya bahawa di kalangan mereka sendiri (Pembangkang) tidak ada persefahaman dimana disifatkan bahawa PAS hanyalah sebuah Parti Politik yang ;Melukut di tepi gantang'.

PKR tidak mempercayai DAP dan begitulah sebaliknya, tambahan pula kedua dua PKR dan DAP langsung tidak mempercayai PAS. Contohnya di Pulau Pinang dan Selangor, Pembangkang meletakkan wakil PKR bagi menjadi EXCO Agama sedangkan kita tahu bahawa PAS menguar uarkan Pegangan Islam mereka sebagai teras untuk menegakkan sebuah negara Islam. Tetap pada hakikatnya, PAS tidak pernah bertanding lebih daripada separuh pun kerusi di parlimen sejak 12 Pilihanraya Umum yang lalu. Malah prestasi PAS yang terbaik memenangi 29 kerusi di parlimen sewaktu berada di bawah Barisan Nasional. Daripada menegakkan matlamat untuk Negara islam, PAS sekarang menukar halatuju ke 'Negara Berkebajikan' yang sebenarnya tidak pernah akan mampu dicapai menggapai cita cita ke Putrajaya.

Manakala PKR berjuang bagi sebuah sistem  sosialis liberal yang memperjuangkan kebebasan sosial seperti kebebasan beragama  yang mengamalkan Fahaman LGBT yang dianjurkan sebagai sebagai gaya hidup bebas di dalam halatuju mereka. Sedangkan PKR lebih merupakan sebuah parti keluarga yang songsang yang bermatlamat terutamanya bagi menghalakan cara tanpa menghormati nilai nilai agama dan sahsiah.

Sedangkan DAP dengan Lim Guan Eng, Lim kit Siang dan Karrpal Singh yang tidak pernah ikhlas dan sentiasa berkonspirasi di dalam dasar dasar parti mereka dengan tidak pernah percaya akan perkongsian kuasa sebagaimana yang di amalkan oleh UMNO, MCA dan MIC serta lain lain parti komponen di dalam Barisan Nasional sejak 12 kali Pilihanraya Umum yang lalu.

Malah UMNO sebagai Parti tunjang di dalam Barisan Nasional yang dinaungi oleh orang orang Melayu tidak pernah menindas Bangsa atau Suku Kaum yang lain sejak 55 tahun Kemerdekaan yang lalu. UMNO sentiasa menghormati 'Kontrak Sosial' yang dijalin oleh Pemimpin UMNO terdahulu dengan mendahului Rakyat Marhaen bagi Pembangunan fizikal dan sosial disamping memelihara perpaduan diantara kaum kaum utama tanpa prejudis terhadap penyertaan di dalam pembangunan negara.

YAB TanSri Muhyiddin juga menyeru ahli ahli UMNO mengepalai di peringkat Negeri, Bahagian dan cawangan untuk membawa suatu pembaharuan iktikad perjuangan bagi memenangi Pilihanraya Umum yang ke 13 di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Razak dengan kemenangan yang lebih besar dan bermakna dengan membela rakyat jelata yang mahukan perjuangan bagi mencapai pegangan 30% ekuiti di dalam kek kekayaan ekonomi negara. Beliau juga melafazkan doa bagi memanjatkan restu dan keberkatan Allah SWT di dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

'AYUH SRIKANDI, PENDEKAR DAN PERMATA UMNO BERJUANG DENGAN SEPENUH USAHA DAN TENAGA DI DALAM MENCAPAI KEMENANGAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA'

HIDUP UMNO, ALLAHUAKBAR.     

Admin
Anaknilai

Media Kedah: Terpanas !!! Teka Teki PRU 13 Sudah Terjawap Hari ...

Media Kedah: Terpanas !!! Teka Teki PRU 13 Sudah Terjawap Hari ...

Media Kedah: Terpanas !!! Teka Teki PRU 13 Sudah Terjawap Hari ...

Media Kedah: Terpanas !!! Teka Teki PRU 13 Sudah Terjawap Hari ... anaknilai

Wednesday, October 31, 2012

Dr MiM: MEMALUKAN! MAHU TADBIR NEGARA TAPI ISI BORANG PUN ...

Dr MiM: MEMALUKAN! MAHU TADBIR NEGARA TAPI ISI BORANG PUN ...: Sungguh memalukan. Pakatan haram pembangkang berangan-angan mahu mentadbir negara tetapi isi borang permohonan untuk mengadakan perhimpunan...

Sunday, October 28, 2012

Jual aset PKNS: Khalid terus dicabar beri penjelasan

Jual aset PKNS: Khalid terus dicabar beri penjelasan

Sat, 27 Oct 2012 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dicabar untuk tampil memberi penjelasan berhubung cadangan negeri itu menjual lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM321 juta.
   
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Abdul Khalid terutamanya perlu menjelaskan rasional cadangan penjualan itu khusus mengenai kesannya ke atas golongan usahawan Bumiputera yang menjalankan perniagaan di premis-premis terlibat. 
   
"Bolehkah kerajaan negeri Selangor memberi jaminan bahawa bakal pemilik baru lima aset berkenaan akan menjaga kebajikan usahawan yang berada di premis-premis terbabit dalam penjualan tersebut kelak?" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
   
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan mengulas kontroversi cadangan penjualan aset terbabit oleh kerajaan Selangor yang dikhuatiri merugikan rakyat negeri itu khususnya golongan Bumiputera.
   
Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam; Kompleks PKNS Shah Alam; Kompleks PKNS Bangi; dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India.

Rosnah berkata sebagai bekas ahli korporat, Abdul Khalid seharusnya berfikiran lebih matang dalam meningkatkan pembangunan negeri dan rakyat tanpa mengakibatkan penganiayaan terhadap mereka. 
   
"Tan Sri Abdul Khalid tidak boleh menganggap pentadbiran negeri Selangor sebagai satu perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan dan pembangunan tanpa memikirkan kebajikan rakyat. 
   
"Adakah penjualan lima aset tersebut merupakan jalan terbaik? Mengapa keputusan tersebut dibuat sekarang? Adakah PKNS menghadapi masalah kewangan? Semua persoalan ini menjadi tanya tanya dan perlu dijelaskan," tegas Rosnah.
    
Katanya, PKNS sepatutnya berusaha menambah pegangan aset miliknya dan bukan mengurangkannya dengan cara menjual (hartanya) kepada pihak lain. - Bernama

anaknilai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SANTAI.......Video Mr. Mansuh.....

Sudah Terang lagi Bersuluh !!! Wawancara Anwar oleh BFM

Anaknilai Bloggers Group Social Plugin